Saturday, December 15, 2012

Update: 2 Sepupu hanyut di Sungai Langat: Selamat dikebumikan

Cik Eri (panggilan anak2 buah) diperhatikan anak2 yang lain-Zaid, Ina, Ika, Dayah

Disebabkan aku dapat berita pun dah sampai ofis, jadi aku tunggu je kul 1, amik half day..lagipun mayat nak dihantar ke Hospital Serdang, untuk bedah siasat..jadi aku agak2 lepas zohor jugak kot baru selesai semua..itu pun kalu cepat, kalau lambat, mahu lewat la dikebumikan..

Pukul 1.30pm, Faii & Amani toncet tu datang jemput aku..first time ni Amani jemput mama :) Tup tap tup tap jamm bagai, kul 2.30 baru sampai rumah..macam yang aku jangkakan memang jenazah belum sampai lagi..lagipun 2 van kan, kene tunggu 2-2 sampai baru disembahyangkan sekali kat surau depan rumah ni..

Akhirnya kat kul 6pm arwah Syawal & Tarmizi selamat dikebumikan dengan satu liang lahad..di Tanah Perkuburan Kamnpung Melaka, Batu 9, Hulu Langat..sama dengan arwah nenek yang meninggal bulan Mei tahun lepas..

Semoga mereka ditempatkan di kalangan yang terpilih..Amin..
















No comments:

Post a Comment