Thursday, December 20, 2012

Bertudung tapi memikul dosa?



Astaghfirullalhalazim..takutnya kalau2 kita termasuk dalam golong yang 'bertudung tapi memikul dosa' ! Ya, kita manusia memang tak lari dalam melakukan kesilapan..tapi kita juga diberikan akal fikiran untuk berfikir yang mana baik, mana buruk..pada aku yang baru bertudung ni aku rasa memang tak best kot nak bercakap hal2 begini..ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri jugak sebenarnya..


Sejujurnya, pada sesiapa yang kenal aku, aku bukan yang seksi atau terlalu berfesyen sangat..jadi, bila aku bertudung, takde lah nak beriya sangat mengekalkan fesyen tu..pada aku, bila sudah nekad, buatlah sepenuh hati..bukan hanya mengikut2 orang atau sekadar fesyen..



Bagaimana yang dimaksudkan dengan 'bertudung tapi memikul dosa' ? Saya ada terjumpa article ini..tapi tak tahu la siapa 'founder'nya..tak kisahlah..asal kita amik manfaat nya ye :)

Tudung ‘Mickey Mouse’Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

Tudung LilitJenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

 Tudung ‘See Through’Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

Tudung JambulPemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

Tudung ‘Singlet’Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

Tudung SajiSekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.


Jom lah kita teliti balik adakah tudung yang kita pakai sekarang? Ada ke termasuk dalam salah satu dari di atas..?? hehe..sebenarnya aku takut jugak bila buat entry2 macam ni..bukan apa..nanti orang cakap 'ala kau tu pun baru pakai tudung kot tak payah nak tunjuk pandai sangat' huhu gittewww..ya, memang aku baru pakai tudung..tapi tak semestinya orang yang dah lama pakai tudung tu betul kan..usia dah 3 dekad ni, bila dah nekad bertudung takkan masih nak 'man man' kot..selama 3 dekad tulah, aku rasa aku dah cukup matang untuk fikir garis panduan yang sepatutnya bila bertudung..



Well said! My HIJAB is: My right! My choice! My Life!

:)



No comments:

Post a Comment