Friday, December 28, 2012

Duhai Hati


Hati
Kau menangis lagi
Maaf lah hati hati
Aku biarkan engkau terluka lagi
Ya, aku berjanji tak kuulangi
Kini kutahu janji tinggal janji
Sudah kucuba berulang kali
Akhirnya takdir jadi begini
Sukar untuk aku mengerti
Mungkin ada hati yang dengki dan iri
Kenapa, susah untuk kufahami
Harta tidak kumiliki
Hanya sekeping hati
Yang ku harap masih suci

Ya Allah bantulah diri ini
Ikhlaskan hati ini
Tuluskan niat murni
Jauhkan iri hati 
Bebaskan hasad dengki
Aku tak ingin menoleh lagi
Tetapkan pendirian ini
Ke jalan-Mu aku kemudi

Hati
Jangan menangis lagi
DIA ada di sisi



 

Wednesday, December 26, 2012

Tebus sikit, tambah sikit lagi..

1:20pm

Tak makan.

Naik atas - Surau.

Solat jemaah. Tak ramai pun. Dalam 7-8 orang je. Mungkin ramai yang pegi makan.

1:40pm - Habis solat.

Tengah kemas2, bersolek sikit, terdengar sesuatu.

Orang mengumpat.

Tak dengar intipati perbualan, yang nyata umpat kata.

Hati pun terdetik.

'Elok la tu, habis solat kau mengumpat ye'
'Tebus sikit, tambah sikit lagi'

Tiba2 aku sendiri confius. Aku pun termasuk sama ke. Walau cuma terdetik dalam hati. But still.

Istighfar cepat.

Astaghfitullahalazim..





Tuesday, December 25, 2012

Merry Xmas



Dedicated to my all my christian friends!


To my colleague, Caroline Julius, she is my reader also! haha poyo nye i !


To my friend, Sebastian Wiliam..This guy is really crazy!! We use to work together in NazaKia! Very happy & fun! Nok, jangan lupa masak resepi rendang i for your mum tau !

Also to Kurt, yang sentap selalu! :P



Merry X-mas & Happy New Year!

2013





p/s: Sekadar ucapan perayaan satu malaysia.
Takde niat keagamaan atau apa2.
Tq



Monday, December 24, 2012

Aku bengang dengan MAXIS


Apakah perasaan anda apabila anda membayar <> RM100 sebulan untuk sesuatu yang amat mengujakan, tetapi tak dapat menggunakan perkhidmatan itu?? Apakah ia? Ia adalah MAXIS !

Apa yang buat kamu marah?
Anda bayangkan..untuk penggunaan yang tak seberapa, bermaksud, saya tak download apa2 pun, kecuali FB & WhatSapp sahaja, cuma sekali sekala sahaja bukak update blog, ini sahaja dah dah hampir 1G ! Pulak tu office hour memang saya tak on data plan, sebab office pc pun ada nak serve apa2..cuma anda fikir berapa banyak masa sangat yang saya ada kat rumah? dengan berbaki beberapa jam sebelum tido tu, sibuk uruskan anak segala, sabtu ahad adalah curik2 masa 1-2 jam, tu pun kalau malas nak on pc, sebab saya pun ada amik broadband MAXIS jugak..(betapa loyal punya customer ni?) Bayangkan berapa sangat lah penggunaan saya selama sebulan??

Habis tu apa masalahnya, apa yang kamu marahkan lagi?
Tak kisah lah lagi, pakai sikit, kene charge sampai 1G, sila lah charge, saya tak kisah pun! sebab saya dah amik in pakej pun..RM48=1G (tu pun tak masuk lagi call plan ye ibu2 bapak2, call plan RM50) murah lah jugak kan, walaupun saya pakai kejap pun! tapi masalahnya di ofis memang saya tak bleh nak excess internet langsung tru phone ni! sebab apa? MAXIS line ni la! bayangkan kat bandar ARA DAMANSARA yang seluas alam ini, hanya 1 bar sahaja! nasib2 dapat lah 2 bar..sapa2 yang call saya tahu lah camne, macam cakap dengan robot hokay!!! kadang2 tu bila saya perlu bukak page yang tak bleh bukak kat pc ofis, saya perlu lah on mobile data..ha, masa ni la angin kus kus saya naik! memang tak bleh nak loading langsung!!!!!!!!!! eh eh eh, on tapi tak bleh loading pun alih2 tengook breakdown mobile data usage dah naik ko chart dia..bayangkan dalam masa tak sampai setengah jam pun yang terhegeh2 nak loading FB tu, daripada 502mb, terus naik 542mb????????? dalam masa setengah jam, tak bleh loading, tapi masih charge saya 40mb???? bagus MAXIS ni ^ --- ^

Apa tindakan yang kamu ambil?
Dah banyak kali dah saya complain..sejak pindah ofis dari May2011, sampai sekarang ada lah 2-3 saya call tanya pasal service signal kat sini..diberikan case no (yang ntah aku nak pulun ke hapa??) kata ada orang teknikal akan call (yang hado!) tapi sampai sekarang nan begini jua seadanya..lastest baru tadi saya call..katanya ''dulu bulan Nov cik dah call, case cik dah resolve dah" haku hangin betul! "kalau dah resolve takkan saya call ni" saya tak rasa sorang dua je yang complain..kat sini bukan hulu sangat ye..kat tepi jalan je, cuma bangunan je yang..tak tahu lah apa yang susah sangat..takde coverage apa ke, buat lah sesuatu.."saya mintak maaf atas kesulitan, sebab saya cuma boleh tolong submit request cik je kat teknikal" ya, memang aku tengah sulit sangat2 sekarang ni sampai rasa nak baling hp je, btw wat do u mean by tolong? dah keje, tak perlu cakap tolong ye! "kalau awak tengok system, saya dah complain banyak kali, tapi sampai sekarang dah setahun lebih, takde improvement" kat basement bawah ni CELCOM pun ada signal tau! takkan MAXIS ni yang dalam bangunan tepi jalan pun tak bleh nak improve?? betul2 tak faham la! pastu sekarang ni aku nak kene redha ke macam mana ni??

Mintak maaf la wahai MAXIS..saya dah jadi customer kamu since i use my 1st hp..that was somewhere in 2000 agaknya..tolong lah buat sesuatu..kat rumah memang takde isu sangat, tapi di ofis ni..takkan saya nak bayar tiap2 bulan tapi tak dapat gunakan? sedangkan separuh dari masa saya habis kat ofis ni??


I've made my decision, if there is no improvement by this month (year), i'll switch to DIGI or CELCOM !

This is final !

Sorry MAXIS !

Its been so arritating & annoying using ur service!


Friday, December 21, 2012

MashaAllah atau SubhanAllah?

Bila atau di mana kita gunakan MashaAllah & SubhanaAllah?

Adakah penggunaan MashaAllah & SubhanaAllah itu di ayat yang betul?

Selalu kan kita dengar orang cakap MashaAllah & SubhanaAllah..contohnya, "MashaAllah, rumah dia kene rompak!" atau "SubhanaAllah, cantiknya budak tu!" - Tapi kita betul2 faham ke apa yang dimaksudkan dengan MashaAllah & SubhanaAllah? Contoh kedua2 ayat tadi adalah salah sama sekali..tapi memang aku pun baru tahu ni..salah sebenarnya!

Maksud sebenar:

MashaAllah - Allah Maha Agung
*Diungkap untuk memuji & menggambarkan keindahan atau positif terhadap sesuatu
Contoh: "MashaAllah, comelnya baby tu!"
"MashaAllah, budak tu dapat straight A dalam SPM!"

SubhanaAllah - Maha Suci Allah
*Diungkap bila mendengar atau melihat sesuatu yang negatif
Contoh: "SubhanaAllah, kenapa kau tak sembahyang lagi?"
"SubhanaAllah, macam mana boleh jatuh ni?"

Maknanye, apa yang aku praktikkan sebelum ni adalah terbalik?! Dan yang peliknya, takde siapa yang pernah betulkan! SubhanaAllah, naifnye aku!!

Macam mana aku terfikir untuk buat topic ni..asalnya aku terbaca di FB..ada dua comment yg menggunakan MashaAllah/SubhanaAllah, tetapi dengan maksud yang berbeza..aku jadi curious..google sana sini aku jumpa makna yang sebenar..MashaAllah, hebatnya dunia internet yang penuh informatif zaman sekarang ni..

Harap kita semua dapat manfaat ye!

Salam Jumaat semua ;)

Thursday, December 20, 2012

Bertudung tapi memikul dosa?



Astaghfirullalhalazim..takutnya kalau2 kita termasuk dalam golong yang 'bertudung tapi memikul dosa' ! Ya, kita manusia memang tak lari dalam melakukan kesilapan..tapi kita juga diberikan akal fikiran untuk berfikir yang mana baik, mana buruk..pada aku yang baru bertudung ni aku rasa memang tak best kot nak bercakap hal2 begini..ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri jugak sebenarnya..


Sejujurnya, pada sesiapa yang kenal aku, aku bukan yang seksi atau terlalu berfesyen sangat..jadi, bila aku bertudung, takde lah nak beriya sangat mengekalkan fesyen tu..pada aku, bila sudah nekad, buatlah sepenuh hati..bukan hanya mengikut2 orang atau sekadar fesyen..



Bagaimana yang dimaksudkan dengan 'bertudung tapi memikul dosa' ? Saya ada terjumpa article ini..tapi tak tahu la siapa 'founder'nya..tak kisahlah..asal kita amik manfaat nya ye :)

Tudung ‘Mickey Mouse’Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

Tudung LilitJenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

 Tudung ‘See Through’Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

Tudung JambulPemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

Tudung ‘Singlet’Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

Tudung SajiSekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.


Jom lah kita teliti balik adakah tudung yang kita pakai sekarang? Ada ke termasuk dalam salah satu dari di atas..?? hehe..sebenarnya aku takut jugak bila buat entry2 macam ni..bukan apa..nanti orang cakap 'ala kau tu pun baru pakai tudung kot tak payah nak tunjuk pandai sangat' huhu gittewww..ya, memang aku baru pakai tudung..tapi tak semestinya orang yang dah lama pakai tudung tu betul kan..usia dah 3 dekad ni, bila dah nekad bertudung takkan masih nak 'man man' kot..selama 3 dekad tulah, aku rasa aku dah cukup matang untuk fikir garis panduan yang sepatutnya bila bertudung..



Well said! My HIJAB is: My right! My choice! My Life!

:)



Tuesday, December 18, 2012

Pashmina

Sejak berhijab~lala ayat, bertudung sudah kan..wateva..ntah kenapa aku suka sangat ngan tudung pashmina..mungkin sebab aku ada try tudung2 yang jual siap sarung tu je, cam tak berapa sesuai kot~lala..sebenarnya muka tu tembam kan..kau mengaku jelah~lala! yelah2 aku ngaku..nampak tembam sikit..atau mungkin perasaan je kot..haha..so disebabkan aku memang ada pashmina shawl, aku pakai tu je 1st day tu..lama2 aku memang jatuh chenta dengan pashmina ni..

  
Ni antara yang aku suka..tengah order hokayyy..tak sabar nak pegang & pakai..kainnye lembut tau..korang mungkin rasa panas pakai pashmina ni..tapi tanggapan iteww amatlah salah ye..korang cuba lah dulu!



Yang ni pun aku order gak..yang kiri tu aku dah ada warna orange/pink, tapi memang tak puas hati ada 1-2 warna je..kalau boleh nak semua warna tau! yang kanan tu dia ala2 feeling hindustan sikit la kalau pakai..lip lap lip lap gittewww..cantik pakai dengan plain blouse!

Iskkk tak sabar tak sabar nih!






Monday, December 17, 2012

Harapan



Bicara mimpi itu mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tanganku
Dan munculnya dirimu di pinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali
Dan ku mengerti mengapa masih berdiri
Hadirnya siang berteman mentari
Dan ku bersama
Bintang malam ku mencari kasihmu

Harapan..harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita selamanya

Dan angin kan memanggil bagai ada musafir
Hadir dan pergi tiada berjanji
Dan mungkin seketika ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna
Dan taman ini tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu di sini
Dan ku jejaki walaupun hanya secebis kasihmu

Harapan..harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita selamanya
______________________________________

Harapan..harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impan masa kita

Hatiku meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar hidup kita selamanya



Sangat sedap lagu ni :)

Saturday, December 15, 2012

Update: 2 Sepupu hanyut di Sungai Langat: Selamat dikebumikan

Cik Eri (panggilan anak2 buah) diperhatikan anak2 yang lain-Zaid, Ina, Ika, Dayah

Disebabkan aku dapat berita pun dah sampai ofis, jadi aku tunggu je kul 1, amik half day..lagipun mayat nak dihantar ke Hospital Serdang, untuk bedah siasat..jadi aku agak2 lepas zohor jugak kot baru selesai semua..itu pun kalu cepat, kalau lambat, mahu lewat la dikebumikan..

Pukul 1.30pm, Faii & Amani toncet tu datang jemput aku..first time ni Amani jemput mama :) Tup tap tup tap jamm bagai, kul 2.30 baru sampai rumah..macam yang aku jangkakan memang jenazah belum sampai lagi..lagipun 2 van kan, kene tunggu 2-2 sampai baru disembahyangkan sekali kat surau depan rumah ni..

Akhirnya kat kul 6pm arwah Syawal & Tarmizi selamat dikebumikan dengan satu liang lahad..di Tanah Perkuburan Kamnpung Melaka, Batu 9, Hulu Langat..sama dengan arwah nenek yang meninggal bulan Mei tahun lepas..

Semoga mereka ditempatkan di kalangan yang terpilih..Amin..
















Friday, December 14, 2012

Recall: 2 Sepupu hanyut di Sungai Langat



Orang kata bila seseorang tu nak 'pergi' dia akan beri tanda pada kita..cuma kita tak sedar..bila dah terjadi, baru kita terfikir 'oh, rupanya itu tanda dia nak pergi'

Masa usaha mencari kelmarin, aku ada terdengar2 cerita dari mak arwah Syawal (17) & Tarmizi (13)..tiba2 aku terdetik, mungkin kah itu tanda2 mereka akan pergi? cepat2 aku beristighfar..masa tu baru 4-5 jam mereka hanyut, aku berharap mereka berpaut dimana2 & lepas tu naik ke dasar..tapi, siapa yang tahu sebenarnya mereka dah beri tanda yang mereka akan pergi selamanya..

Syawal
"Mak, Awal rasa bosan lah duk rumah..bosan sangat, Awal ingat nak keje lah..keje kat kedai gas depan tu"
"Tak payah la, Awal bukan nya larat sangat, gas tu berat"

Ibu yang mungkin fikir anak tu bosan sebab cuti sekolah yang panjang agaknya..tapi itu lah sebenarnya 'bosan' yang dimaksudkan..

Kakak nya pulak pernah cakap;
"Kalau Awal nak keje, keje jelah, mak marah tu kejap je"
"Taknak lah, nanti berdosa Awal ngan mak"

Telus & jujur arwah kan..dia dah tahu masanya..

Tarmizi
"Mak, kalau Mizi mati nanti, Mizi masuk syurga terus tak?"

Mak tak tercakap apa..cuma di suruh anak jangan cakap camtu lagi..
SubahannAllah..terang-terangan Mizi dah berikan tanda..

Malam sebelum kejadian pula, dua beradik ni tido bersama..ntah macam mana si abang tiba2 kejutkan si adik yang dah tido kat luar, untuk tido sekali kat dalam bilik..esoknya mereka berdua masak nasi goreng sama2 & goreng seekor ikan & makan berdua..

Ya Allah, sesungguhnya kami redha dengan aturanmu..Kau tempatkanlah mereka di syurga-Mu..
Amin..

Update: 2 sepupu hanyut di Sungai Langat: Dijumpai....

Pagi ni aku & suami g keje cam biasa..betul2 masa aku sampai ofis & nak turun motor..dapat berita dari pakcik yang 2 mayat sepupu telah dijumpai..

Ya Allah..Kau telah makbulkan doa2 hamba-Mu..walaupun tidak bernyawa, sekurang-kurangnya kami dapat menyempurnakan mereka kembali kepada-Mu..

Kau terima lah mereka seadanya..

Semoga roh Mohammad Syawal Azhari & Mohammad Tarmizi Azhari aman & tenang disisi-Mu..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Anggota bomba membungkus mayat 2 beradik yang ditemui lemas ketika mandi-manda di Sungai Langat, Dusun Nanding, Kajang
Article dari Kosmo

KUALA LUMPUR – Selepas tiga hari usaha mencari dan menyelamat dijalankan, dua beradik yang dilaporkan hilang ketika mandi-manda di Sungai Langat, Dusun Nanding, Kajang ditemui lemas semalam.
Mayat Mohammad Syawal Azhari, 17, dan Mohammad Tarmizi, 13, masing-masing ditemui pada pukul 7.45 pagi dan 20 minit kemudian oleh anggota bomba. Jarak antara kedua-dua mangsa ketika ditemui kira-kira 1.4 kilometer.
Ketua Operasi dan Penyelamat Balai Bomba Kajang, Ariss Mohamed Kassim berkata, mayat adik ditemui lengkap dengan pakaian dan seluar manakala mayat abang pula ditemui hanya memakai seluar panjang.
“Ketika ditemui, keadaan fizikal mayat dua beradik itu telah mengalami perubahan kerana telah berada di dalam air selama tiga hari,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Kata Ariss, mayat Mohammad Syawal ditemui terapung dekat dengan tebing Sungai Langat iaitu satu kilometer dari lokasi mereka lemas, manakala mayat Mohammad Tarmizi ditemui terapung dekat dengan loji penapisan air Syabas. Mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Khamis lalu, Kosmo! melaporkan, dua beradik itu dikhuatiri lemas apabila Mohammad Syawal terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Mohammad Tarmizi yang dibawa arus ke tengah ketika sedang mandi-manda bersama tujuh lagi rakan mereka pada pukul 3 petang.

*Kalau betul pun nak tulis yang dorang pegi mandi, tak sepatutnya caption ti 'mandi-manda' tulis mandi sudah..perkataan mandi-manda tu macam menunjukkan suasana keseronokkan, macam takde sense of sensetitivy..btw, sepupu2 aku ni pegi memancing ye, bukan mandi-manda..

Thursday, December 13, 2012

Update: 2 Sepupu hanyut di Sungai Langat

Setakat entry ini ditulis, masih takde apa2 berita..suami aku sendiri, saudara mara, orang kampung, bomba & penyelamat masih mencari..Ya Allah, permudahkanlah...

Article dari Utusan

Anggota bomba giat menjalankan pencarian mangsa lemas Mohammad Tarmizi Azhari 13, & Mohammad Syawal Azhari 17, ketika ditemui di Sungai Langat, Selangor di sini malam tadi


Operasi cari dua beradik lemas dihentikan sementara

HULU LANGAT 13 Dis. - Operasi mencari dan menyelamat dua beradik yang dipercayai lemas selepas memancing di Sungai Langat, di sini petang semalam terpaksa dihentikan dan disambung pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, operasi yang bermula pada pukul 4.54 petang itu terpaksa diberhentikan sementara kerana cuaca gelap.
Dalam kejadian itu, Mohammad Syawal Azhari, 17, dikatakan terjun untuk menyelamatkan Mohammad Tarmizi Azhari, 13, yang lemas tetapi dia mengalami nasib sama kerana arus sungai yang deras selepas hujan lebat, sekitar pukul 3 petang semalam. - UTUSAN

2 sepupu hanyut di Sungai Langat



Balik dari keje semalam, dah dapat berita pasal sepupu sebelah suami aku lemas kat sungat langat belakang rumah kitaorang tu..adik beradik ni, Syawal 17, sorang lagi Mizi 13..dorang g memancing, si adik jatuh, si abang nak selamatkan, akhirnya dua2 hanyut..

2-3 orang kawan dorang yang jadi saksi kejadian terus bagitahu mak & bapa budak2 ni..tak lama lepas tu bomba & penyelamat datang..hampir malam, hujan turun tak henti2 sampai ke tengah malam..sehingga entry ini ditulis, takde apa2 berita lagi..dan usaha mencari masih berjalan..Ya Allah, aku harap dorang tersangkut atau terdampar di mana2 & cuma pengsan saja..harap mereka dilindungi & selamat..

Budak2 ni baik..sebenarnya bapa dorang ni la yang buat rumah kitaorang tu..budak2 ni pun rajin menolong..Ya Allah..apa pun yang berlaku, aku harap dalam berkeadaan baik..Amin..


Article dari Kosmo:

Dua beradik dipercayai lemas ketika memancing
13/12/2012 3:12am

KAJANG — Dua-beradik dipercayai lemas ketika memancing di bekas kawasan korek pasir berhampiran sebatang sungai di Batu 13, Kampung Raya di sini semalam. Mereka dikenali sebagai Mohammad Tarmizi Azhari, 13, dan abangnya, Mohammad Syawal Azhari, 17.
Menurut abang ipar mereka, Mohd Arif Abu Tamar, 27, kedua-dua remaja itu pergi memancing bersama tujuh lagi rakan kira-kira 4 petang.
"Menurut kawan-kawan mereka, si adik lemas ketika mandi dan abangnya yang ketika itu sedang memancing, terjun untuk membantu tetapi dia turut lemas,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Mohd Arif berkata sejurus diberitahu mengenai kejadian itu oleh rakan-rakan mangsa yang datang ke rumah, beliau terus menghubungi pihak bomba untuk bantuan.
Bapa mangsa, Azhari Mohd Zain, 49, berkata ketika kejadian beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menjemput seorang anaknya yang belajar di Kuala Terengganu.
"Kata kawannya adik terlepas ke tengah, abang datang tolong ketika arus air tengah deras. Mereka memang rapat adik-beradik,” kata Azhari.
Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kajang Mohd Arif Kassim, pihaknya menerima panggilan pada 4.18 petang dan tiba di lokasi dua minit kemudian.
"Kami terpaksa berhenti operasi mencari pada 8.30 malam akibat hujan lebat,” katanya.
Operasi melibatkan sebuah jentera bomba dan 11 anggota dari balai bomba Kajang yang dibantu unit skuba.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata operasi mencari bersambung pagi esok. — BERNAMA

Wednesday, December 12, 2012

Kenapa tak pakai tudung yang nipis sikit??



Alhamdullilah aku dah bertudung sejak 5 Dec lepas..aka Amani's 1st birthday..oppss bukan sempena Amani setahun ye..niat ni memang dah lama dah..ikutkan dari masuk 3 series lagi aku dah pasang naiwaitu..selain menyiapkan diri dengan tuntutan2 lain..ya, semakin hampir ke situ..sudah yakin, jadi yang seseterusnya tinggal aku tak bertudung je..bila lagi? aku belajar, baca, google sana sini cara bertudung yang dituntut..tak nak la hanya pakai, asal tutup kepala saje, sudah..orang nak pakai tudung, awak pun pakai tudung, pastu paksinya ntah ke mana..takmo takmo hokay..!

Merasakan tudung yang jual siap tu tak kene dengan bentuk muka yang bulat iniiiii~lala sedar diri~nak2 lagi kebanyakkan tudung tu pendek, tak menutup bahagian yang sepatutnya, jadi aku memang dari awal lagi pilih untuk pakai tudung pashmina..dengar pashmina je rasa cam susah ye nak pakai?? takde la, senang jerrr...lilit lilit lilit dah siap! hehe..

Alkisah hari ke 3 kot, ada seorang kawan kerja bertanya:
"kenapa tak pakai tudung yang nipis sikit, ni kan macam tebal, tak panas ke?"
Disebabkan dia bukan Islam, jadi aku pun bagitahu sikit2 kenapa..tapi tahulah dia faham ke tak..harap kalau dia baca ni dia lebih faham :)

Ni antara hari2 terawal..ada longgar2 sikir ye..& terlalu ke atas sangat, sampai nampak jendulku :P 


Istilah tudung atau HIJAB itu sendiri bermaksud penutup dan boleh dijurus kepada jubah, tudung dan purdah untuk dijadikan penutup aurat seseorang wanita.

Allah swt berfirman dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:
 “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat  pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”

Rasulullah saw juga bersabda yang bermaksud:
Dua golongan daripada ahli eraka yang belum saya lihat iaitu satu, kaum yang memegang cemeti bagaikan ekor lembu digunakan untuk memukul orang dan kedua, wanita2 yang berpakaian namun hakikatnya telanjang, merayu-rayu manarik hati sambil berjalan berlenggang lenggok, dia atas kepala mereka seperti terdapat bonggol unta (ikatan sanggul) Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium baunya, pagahal bau syurga itu dapat dicium dari perjalanan sekian sekian (yang cukup jauh)

Ya, aku tahu aku baru je belajar bertudung..sebab tu aku cakap, aku belajar, baca sana sini, sebelum ke arah ini..jadi, bila aku betul2 nekad, aku harap aku tak lagi separuh2 jalan..alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke lengan..

Kita semua sedia maklum kat pasaran sekarang macam2 jenis tudung..macam2 fesyen, macam cendawan tumbuh! berkerawang lah, 2 layer, 3 layer, berlayer2, eh macam2 lagi la..cuma hak kita lah nak memilih yang macam mana..bagi aku sendiri, boleh la nak ikut fensyen, asalkan tak lari dari konsep berhijab..pada aku, apalah gunanya bertudung tetapi tidak mengikut syariat?

Apa syarat2 bertudung/berhijab dalam islam?

1) Memakai tudung labuh yang menutupi aurat di bahagian kepala sehingga ke bahagian dada
“Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..”
Berdasarkan ayat di atas, wajib ke atas wanita Islam memakai tudung yang menutupi seluruh kepala dengan melabuhkannya sehingga ke dada kecuali kawasan muka. Ini termasuk menutupi seluruh rambut, kedua cuping telinga, tengkuk dan leher. Belahan baju itu letaknya di kawasan leher dan dada. Oleh yang demikian, tudung kepala itu hendaklah juga menutup atau menyembunyikan bahagian leher dan dada. Ini bererti tidak memadai memakai tudung itu jika masih nampak rambut, leher, tengkuk, telinga dan bahagian dada.

2) Memakai tudung yang diperbuat daripada material tebal yang menutupi warna kulit dan rambut dari kelihatan
“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama)….”
Maksud tudung yang tebal ialah tudung tersebut tidak jarang, tidak nipis atau berlubang-lubang sehingga boleh menampakkan warna kulit atau anggota aurat. Ulama dalam mensyarahkan hadits ini mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan bertelanjang itu adalah wanita yang berpakaian nipis yang masih menampakkan warna kulit dan berpakaian menutupi sebahagian anggota aurat dan membuka sebahagiannya lagi. Oleh itu ketahuilah bahawa memakai tudung yang nipis atau yang jarang itu tidak menepati kehendak sebenar cara bertudung untuk menutup aurat kerana ia masih menampakkan warna kulit. Selain itu, tudung yang terlalu nipis dan ringan juga mudah tersingkap apabila ditiup oleh angin dan menyebabkan aurat terbuka. Selain itu, terdapat juga telekung yang diperbuat dari material nipis dan jarang serta mempunyai kerawang yang besar dan banyak. Telekung sebegini boleh menyebabkan sembahyang tidak sah kerana syarat menutup aurat masih tidak terlaksana dengan sempurna.


Tiada sanggul tinggi seperti bonggol unta & sepatutnya labuh menutupi dada


 Macam yang aku dah cakap tadi alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..sebab tu aku mengambil masa sampai 31 tahun untuk bertudung..jadi kalau boleh tak nak lah separuh jalan..oleh itu, ada dua perkara yang aku selalu pastikan..

1) Tudung mesti labuh & menutupi dada
2) Rambut tidak bersanggul tinggi seperti bonggol unta

Kenapa? Sila rujuk syarat2 kat atas ye.. 

Ini the latest one! sabtu lepas, masa nak bawak Amani pegi injection setahun! dah ok & tak nampak jendul sangat kot macam yang sebelum ni..p/s:tudung sama, tak banyak koleksi lagi!

         This was the very 1st day..not fully covered! ke Amani tarik2 masa amik gambo nihh? :P

Harapan setinggi gunung, moga2 kekal begini sehingga hujung nyawa..Amin

Amik gambar ngan Amani adalah wajib, supaya tidak kelihatan syok sendiri :)





Wednesday, December 5, 2012

One Year Old Amani!

Cepat betul masa berlalu..anak mama ni dah setahun dah!

Amani  yang meriuh rendahkan rumah..

Amani yang menceriakan hidup mama & papa..

Amani yang penuh dengan keletah & ceria nya..




Wajah kesayangan mama & papa..

Buat muka manja camni nak mintak orang dukung..


Mulut camni mintak cium, tapi bila orang nak cium dia palingkan muka! sangkut hanger kang!

Mata bulat ni memang buat mama geram!

Selamat harijadi Amani! Semoga Amani terus membesar dengan sihat & jadi anak yang baik ye! Mama & Papa sayang sangat Amani..sepenuh hati tau! Muah2! cium Amani laju2 sampai Amani rimas & Amani geram, Amani gigit muka mama :p



Monday, December 3, 2012

2 hari MC + sehari EL = 3 hari ponteng!


Balik keje isnin tu aku dah rasa cam tak sedap badan je..nak2 hidung ni cam menyengit2 je..apa rasa menyengit? dia cam perit2 sampai buat mata kau cam berair2..badan demam2 memau je gitew..tak panas sangat..tapi rasa sakit kat muka..hidung, mata & tekak semua tak selesa..kaedahnya aku mc 2 hari-selasa & rabu..Walaupun khamis tu aku rasa masih tak sihat, tapi boleh la nak gagahkan..yelah takkan sampai 3 hari mc..takat demam selsema gitu apalah sampai 3 hari ye tak? pagi2 selalunya Amani akan bangun dalam pukul 4-5am camtu..masa tu dia akan hok hek hok hek la nak susu..tapi pagi nafasnya cam tersekat2 kat hidung..ropeenya dia selsema..sian dia jangkit kat mama..ciiss mama pembawa viruss..!!

Muka budak tak sihat..masih senyum & melasak dia!

Kaedahnya aku sambung lagi sehari EL..sorry la kawan2..aku terpaksa..aku ni jenis tak sampai hati tinggalkan anak sakit..walaupun selsema..sedangkan masa aku jaga anak buah aku si Izzam dulu pun aku cilok2 keje, apatahlagi anak sendiri..Amani pulak memang jarang selsema..sekali kene memang nampak sangat dia tak selesa..asyik meleleh sampai berair2 je mata..huhu sian sangat2..

Amani membelek2 benda yang nak menyedut hingus2 dia!

Nak kata meragam Amani tak meragam sangat..cuma bila aku nak sedut  selsema dia tu yang dia tak suka..lap, apatah lagi..pulak tu dia dah lasak nak berjalan sekarang ni..memang aku tak leh tinggalkan sangat..takut kang tersembam pulak..memang kene tunggu dia tido baru bleh buat keje rumah atau aku dukung sambil buat keje..takat nak lipat kain, sapu kat depan tu bleh lagi tinggal2kan..kalau ke dapur memang tak nampak la apa dia buat kat depan nun..huhu..nak diletak dalam walker lagi la risau tersadung kemana2 plak..plak tu bukan bleh nampak dari dapur..adoi, cepat2 lah jalan sayang..senang ikut mama ke dapur ke kemana ke..



"Sedut macam ni ke mama?" Hehe sibuk je nak buat sendiri..kalau awak buat mana nak kuar nye hingus tu nak ooii.. :p Sian Amani nak nafas pun tersekat2..sebab hingus dia banyak jgk..letak vick kat dada & belakang baru ok sikit..tapi tulah tak sihat dia pun lasak memang tak kurang..tapi sekarang Amani dah sihat yipiieee!! lega hati mama ni..





Monday, November 26, 2012

Amani & Sepupu

Masih lagi berkisarkan Amani & Qaseh..last week aku tido subang semalam..saje tengok2 mak..dapatlah Amani main ngan maklong & sepupu2 nya..nak nak si Qaseh tu..bagi Qaseh jangan takut lagi ngan Amani..hehe..bukan apa, lgpun sebaya kan..kan elok berkawan2..


Dalam banyak2 gambo dorang, ini je yang berjaya & terbaik..Amani terlebeh excited la puleekk..eh eh eh, Qaseh senyum leboorr la..nampak gigi lagi!


Hahaha..dua2 tak pandang kamera!




Sama tapi tak serupa kan! tapi dua2 ada patung kegemaran..Amani ngan Winnie dia..Qaseh ngan Jumbo biru dia..tapi yang hamat mencuka ye!


Amani yang tak dok diam..susah tol nak amik gambo dia sekarang..jenuh la buat bunyik macam2 nak tarik perhatian dia ;p


Ni si abang Izzam mengacau..bila orang nak amik gambo, pandai pulak dia sorok muka dia! tak mandi la konon tak nak orang amik gambo dia..cuba kalau dah hensem tu, memang saje2 la nak tayang muka! aarrhhggg nasib la..ni kira baik la tak nampak muka tau..!


Itu saje cite Amani & sepupu2 nye :)