Thursday, December 13, 2012

Update: 2 Sepupu hanyut di Sungai Langat

Setakat entry ini ditulis, masih takde apa2 berita..suami aku sendiri, saudara mara, orang kampung, bomba & penyelamat masih mencari..Ya Allah, permudahkanlah...

Article dari Utusan

Anggota bomba giat menjalankan pencarian mangsa lemas Mohammad Tarmizi Azhari 13, & Mohammad Syawal Azhari 17, ketika ditemui di Sungai Langat, Selangor di sini malam tadi


Operasi cari dua beradik lemas dihentikan sementara

HULU LANGAT 13 Dis. - Operasi mencari dan menyelamat dua beradik yang dipercayai lemas selepas memancing di Sungai Langat, di sini petang semalam terpaksa dihentikan dan disambung pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, operasi yang bermula pada pukul 4.54 petang itu terpaksa diberhentikan sementara kerana cuaca gelap.
Dalam kejadian itu, Mohammad Syawal Azhari, 17, dikatakan terjun untuk menyelamatkan Mohammad Tarmizi Azhari, 13, yang lemas tetapi dia mengalami nasib sama kerana arus sungai yang deras selepas hujan lebat, sekitar pukul 3 petang semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment