Thursday, November 22, 2012

Menu MCD mana yang anda mahu?

'Please choose from the above menu HOW TO KILL PALESTINIANS'

Sana sini sibuk orang bercakap 'jangan makan mcd' 'boikot barang israel' macam2 lagi la..senang je! tepuk dada, tanya lah selera..nak boikot, boikot lah..jangan hak membeli, hak masing2, duit masing2..yang taknak boikot tu, tegar, biarkanlah..tapi yang bermati-matian memboikot tu, kene lah faham betul..bila orang tanya 'kenapa ko nak boikot mcd' kang tercungap2 nak menjawab pulak..kena faham & tahu point2 kenapa ko nak boikot..jangan main ikut2 orang je!




Notis dari McDonalds Malaysia

Persoalan 'McD Malaysia tidak menyumbangpada Israel' benar kah? Cuba fikirkan betul2..Mcd M dah tentu membayar yuran franchisee kepada McD Corp US bukan? ada berapa ribu franchisee di Malaysia nan permai ini? itu baru Malaysia..seluruh dunia?? walaupun mreka hanya menyumbang 5% dari revenue, itupun sudah mencecah ratusan juta USD, bahkan mungkin bilion dolar!


Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boikot akan gagal dan McD Corporation US boleh meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel!

Jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negara masing-masing, maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kepada Israel. Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee sahaja jumlahnya mencecah ratusan juta dollar sehariberapa banyak jentera perang yang boleh dibeli oleh Israel dengan sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin??? aduhh, fikirkanlah!
Act & result is two different things..tidak segan kah kita?

Jangan kita hanya berfikir 'ala, bukan boleh bagi apa2 kesan pun kat Israel tu' Bersatu teguh, bercerai roboh! Pernah dengar kisah Nabi Ibrahim & burung pipit?

Kisahnya, Raja Namrud yang memerintah negara Babylon yang mempunyai tanah yang luas & subur..Raja Namrud memerintahkan rakyatnya mengukir patung-patung berhala..mereka menganggap patung-patung itu adalah Tuhan..Ketika itu, Nabi Ibrahim diutus untuk menyeru keluarganya dan kaumnya supaya meninggalkan penyembahan berhala..tetapi mereka tidak mengendahkannya..akhirnya, Nabi Ibrahim pergi ke istana Raja Namrud. .baginda mahu menemui Raja Namrud dan pembesar-pembesarnya dan meminta penyembahan berhala dihentikan.. Raja Namrud dan pengikutnya tidak mengendahkannya..


Pada setiap tahun, rakyat Babylon akan menyambut perayaan secara besar-besaran..pada hari tersebut mereka akan keluar menuju ke tempat perhimpunan..dan ketika itulah Nabi Ibrahim menjalankan rancangannya..selepas mereka keluar menyambut perayaan, Nabi Ibrahim masuk ke tempat penyembahan mereka..baginda memecahkan patung-patung berhala kecuali patung yang paling besar..kemudian baginda menggantungkan kapak tadi di leher patung yang paling besar itu.selepas itu pulanglah semua orang daripada menyambut perayaan..mereka pergi ke tempat berhala itu untuk menyembahnya..alangkah terkejutnya mereka apabila didapati semua tuhan-tuhan mereka telah hancur dan berselerakan di atas lantai..


Mereka mencari Nabi Ibrahim dan menangkapnya.. Raja Namrud mahu Nabi Ibrahim dibawa ke hadapan orang ramai supaya menjadi saksi atas perbuatan jenayahnya.. Raja Namrud memerintahkan Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup..Raja Namrud memerintahkan seluruh rakyatnya mengumpul kayu-kayu..setelah satu timbunan kayu api yang besar dilonggokkan, api pun dinyalakan..Nabi Ibrahim diikat dan diletakkan di atas pelontar lalu dicampakkan ke dalam api yang marak itu..


Ketika Nabi Ibrahim dibakar, burung-burung yang berterbangan juga menyaksikan peristiwa tersebut..ada seekor burung pipit yang berasa kasihan melihat baginda yang dibakar hidup-hidup itu..burung pipit itu mahu menolong Nabi Ibrahim..burung pipit itu terbang mencari air..ia menyedut dan menyimpan air tersebut di dalam paruhnya yang kecil itu..burung-burung lain kehairanan melihat perlakuan burung pipit..

"Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?" tanya burung-burung yang lain.

"Aku mahu membantu Nabi Ibrahim..aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim," jawab burung pipit.

"Macam mana kamu mahu padamkan api itu..kamu tidak mampu membawa air yang banyak..paruh yang kamu ada itu kecil..sia-sia saja usaha kamu itu," kata burung lain pula.


Walau bagaimanapun, burung pipit tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. .lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak..dengan izin Allah, api yang marak itu semakin berkurangan..itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim..walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati..sekurang-kurangnya ia dapat membantu Nabi Ibrahim.

Setelah kayu-kayu itu menjadi bara, maka orang ramai menghampiri unggun api yang telah menjadi bara. Burung pipit itu berasa gembira. Keyakinan burung pipit terhadap kekuasaan Allah semakin kuat dan terbang dengan penuh kesyukuran..orang ramai yang berada di situ berasa terkejut apabila melihat Nabi Ibrahim keluar daripada bara api itu seperti sediakala..badannya sedikitpun tidak melecur..

Sama2 lah kita mengambil ikhtibar dari kisah Nabi Ibrahim ini..



"Ajaklah & pujuklah keluarga & teman2, jangan menjamu selera di MCD lagi..MCD adalah rakan korporat Jewish United Funds & Jewish Federation. Melalui Israel Commison, Jewish United Funds bekerja untuk memastikan sokongan Amerika kepada Israel dari sudut ketenteraan, politik, media & ekonomi.

Ceritalah kepada anak2 kita kenapa kita tak boleh makan MCD" 

-Dr.Hafidzi Mohd Noor
Penerusi Aqsa Syarif

No comments:

Post a Comment