Saturday, November 17, 2012

Acupunture - Alternative Medication

Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati..tapi bila benda dah jadi nak ubat pun tak boleh, so acanne tu? aku & adik beradik difahamkan doc2 kat UMMC tu mengatakan yang sakit saraf mak takde ubatnya..even ubat untuk melembutkan urat saraf pun takde..takde ke atau dorang belum jumpa ke ntah la..sebab masa mak Berkampung kat UMMC dulu memang tak putus2 doc pelatih, bergroup2 datang tanya itu ini! geram plak tengok mak jadi bahan uji kaji dorang!

Jadi, aku rasa lebeh baik fikir alternatif lain..sebelum ni mak ada begi berurut kampung, pastu mandi air panas..ada lah beberapa kali..masa g mandia ir panas tu ada yang rekomen g buat acupuncture..katanya dulu dia tak boleh jalan lepas accident motor..

Tung Shin Hospital-Jalan Pudu
Aku bawak mak g Sabtu lepas..g bertiga..mak & Izzam, anak buat sulong yg manja itteww..Amani dok ngan maklong! huuuu dah bertahun tak masuk KL..melilau jugak la..sampaikan trafic lite dah hijau pun tercegat lagi dek mata jakun tengok kiri kanan macam orang kampung baru datang bandar! akibatnya kene hon la! adoiyai!

Ni bilik menunggu..tu nama doc nye Hoo Pik Wui

Ni pulak bilik rawatan

Ni mesin untuk 'mengejutkan' saraf

Ini baru 4 kiri / 4 kanan ye..

Seriau?

Tu dia closed up..4 kanan & 4 kiri..mak kata kat jari2 ni masuk jarum rasa sakit..kalau kat lengan ke peha ke rasa semut gigit je..semua sekali 20 jarum yeee..sila rasa kesakitannya..iskskkk tak sakit la..masa nak cucuk jarum tu rasa cam semut gigit..cuma kat tangan tu je sakit sikit..mungkin kat situ isi kurang kan..sebab tu rasa kot..kalau kat lengan atau peha kat banyak isi..lagipun jarum tu halus macam rambut je..yang pangkal jarum ni je tebal..lepas dah masuk tu dia alirkan electic ke apa ntah..tapi fungsinya untuk bagi saraf tu hidupkan balik saraf2 yang tidur atau yang tak bergerak tu..

Bila doc tu letak wayar kat jarum tu, aku perasan kat jari tu memang jarum tu tak bergerak langsung..yang bergerak cuma kat kaki..so, aku rasa kat bahagian tangan tu memang saraf tu tak bergerak sangat..sebab tu mak tak bleh nak gerakkan sangat tangan..20 minit lamanya dicucuk baru selesai..mak kata sengal2 jugak la..tapi 1st time buat treatment ni takde la nampak apa2 kan..mungkin 3-4 kali nanti nampak la perubahan..

Tapi aku ada fikir jugak..sebab mak tak daya sangat nak jalan..kaki boleh melangkah..tapi pinggang keatas tu yang terasa berat..aku rasa saraf2 kan badan pun ada masalah jugak..sebab masa jatuh kat hotel dulu terhentak kat punggung..aku suspect kat tunjang tu atau mana2 saraf yang utama..eemmm, lagi mengkaji dah macam doc dah aku n..

Harapan aku sekurang2nya saraf tu dapat berfungsi balik pun dah Alhamdullilah..lama2 mesti mak dah boleh jalan sendiri :)

InsyaAllah




No comments:

Post a Comment