Tuesday, September 11, 2012

Sistem Saraf Dalam Tubuh Manusia


Google sana sini pasal sakit mak, selain Multiple Sclerosis, aku terjumpa article ni,  berkenaan dengan sistem saraf manusia..baru ku tahu betapa pentingnya sistem saraf ni....


Manusia sebagaimana yang tercatat dalam al-Quran adalah makhluk tuhan yang paling mulia dan paling elok kejadiannya.Keelokan dan kesempurnaan manusia tidak terbatas pada bentuk fizikal,tetapi dari segi kejiwaan,seperti tersebut dalam al-Quran,surah al-Infitar ayat 7 dan 8.


Jasad manusia adalah terdiri daripada sel-sel, otot (muscle), tulang(anatomy), saraf(nerve), darah(blood) dll.Jasad manusia pula diibaratkan sebagai sebuah jentera automatik yang sentiasa bertugas siang dan malam tanpa mengira waktu secara berterusan sehinga ke akhir hayat. Sistem saraf untuk kesejahteraan badan manusia.Tugas utama saraf ialah menyelaraskan kerja-kerja dalam badan,seperti pengaliran darah, pernafasan dan sebagainya.Segala tugas ini dikawal oleh sistem saraf agar dapat berfungsi dengan sempurna.Organisasi badan manusia terdiri daripada beribu-ribu urat saraf samada yang kecil mahupun yang besar.Organisasi saraf manusia dapat dibahagikan kepada 2 bahagian,iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf pinggir.Sistem saraf ini pula terdiri daripada 2 jenis sel iaitu sel biasa yang berfungsi untuk pertumbuhan tubuh manusia dan sel saraf atau neuron yang berfungsi untuk menyampaikan mesej dari lain-lain bahagian badan manusia ke otak.Dalam kajian ini,tumpuan perbincangan hanya kepada hubungan sel saraf kepada manusia.

Sel saraf terdiri daripada berjuta-juta sel yang menghubungkan otak dengan lain-lain bahagian badan.Setiap badan sel terdiri daripada 3 bahagian,iaitu badan sel yang berisi dengan sitoplasma,akson satu tunjalan terpanjang dan dendrit yang merupakan tunjalan-tunjalan pendek.

Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang,yang bertugas sebagai pengawal dan penyelaras segala aktiviti badan.Sementara sistem saraf pinggir pula bertugas sebagai sistem yang menghubungkan sistem saraf pusat dengan penerima dan penjejas atau dikenali juga sebagai saraf yang mrnghubungkan organ-organ deria,kelenjar dan otot dengan sistem saraf pusat.Misalnya penerima organ-organ deria sentiasa memberi maklumat dari otak mengenai keadaan yang berlaku di dalam dan di luar badan.Organ-organ deria ini peka terhadap rasa sakit,sentuhan,bunyi,suhu dan cahaya.Sementara penjejas pula termasuklah semua struktur yang bergerak balas terhadap maklumat yang diterima dari sistem saraf,seperti otot dan kelenjar.


Otot dan saraf mempunyai kaitan rapat dari segi susunan dan fungsinya.Setiap pergerakan yang dilakukan oleh tubuh organisma menggunakan otot dan saraf.Tindakan antara otot dan saraf adalah saling berkaitan antara satu sama lain,tidak dapat dipisahkan.Bahagian-bahagian otot utama ialah urat belikat(the dorsal muscle),urat amris(otot pada leher),otot jantung betis(anjing-anjing), jantung paha dan jantung atau buah lengan(otot besar di bahagian depan lengan dari siku ke pergelangan tangan).

Terdapat 3 jenis otot iaitu otot rangka,otot licin(polos),dan otot kardiak.Hampir semua otot rangka yang juga dikenali sebagai otot berjalur terlekat pada tulang-tulang rangka melalui jalur yang berupa tali yang disebut tendon.Tendon ialah urat yang menghubungkan sendi ke tulang seperti urat keting,urat pengandar dan urat pengetul iaitu urat di belakang lutut. 

Dalam otot rangka terdapat otot fleksor dan otot ekstensor.Otot-otot ini terdapat pada setiap sendi tubuh,seperti otot pada sendi lutut,tumit dan di setiap sendi jari kaki dan tangan.Kedua-dua jenis otot ini bekerja secara berlawanan antara satu sama lain.Setiap otot boleh menyebabkan organ membengkok dan satu organ lagi melurus.Otot-otot yang membengkokkan sendi siku disebut fleksor,sementara otot yang meluruskan sendi siku disebut ekstensor.Otot-otot ini akan terus berperanan,kecuali sekiranya berlaku gangguan pada sistem saraf dan otot akibat kecederaan atau penyakit. 

Otot licin,yang juga dikenali sebagai otot polos ialah otot yang melapisi sebahagian besar daripada internal tubuh,seperti usus,pundi kencing dan rahim.Otot licin ini juga melapisi salur darah.Otot licin adalah otot luar kawal,kerana ia bergerak tanpa kawalan otak.Otot kordiak pula ialah otot jantung yang juga merupakan otot luar kawal.Walau bagaimanapun otot licin berbeza dengan otot kordiak,kerana ia akan bergerak meskipun tanpa ransangan daripada saraf.Dalam kebanyakan pergerakan badan,saraf akan menghantar utusan(impuls) di sepanjang sistem saraf.Otot yang menerima impuls saraf dari otak akan dirangsangkan untuk bergerak.


Saraf memainkan peranan penting untuk mengalirkan impuls dari satu neuron ke satu neuron yang lain,di samping berperanan menyempurnakan aktiviti badan.Saraf juga menyatukan berbagai maklumat yang sampai kepadanya dan mengakibatkan gerakbalas untuk kebaikan organisma.Penyatuan ini berlaku di kesemua peringkat dalam sistem saraf.Dalam bentuk yang paling ringkas,saraf ini terdapat dalam batang spina yang kebetulannya merupakan pusat bagi beberapa tindakan refleks.

Pada manusia,sentakan lutut adalah contoh tindakan refleks.Kadang-kadang doktor melakukan sentakan lutut untuk menentukan samada seseorang itu normal atau tidak.Doktor akan mengetuk lutut seseorang ketika duduk dengan kaki terlepas bebas.Keadaan ini boleh merenggangkan otot.Suatu isyarat disampaikan di sepanjang saraf deria ke saraf tunjang.Neuron-neuron lain akan menyampaikan isyarat itu kepada neuron-neuron motor,sehinggalah sampai ke otot yang sama.Kemudian sel saraf motor di saraf-saraf tunjang dirangsangkan, menyebabkan otot kaki mengecut,sehinggalah lutut tersentak.

Tubuh manusia terdiri daripada sel-sel yang bergabung bersama untuk membentuk tisu-tisu badan.Setiap jenis tisu mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri.Saraf kranium terbahagi kepada 12 pasang saraf,yang bermula di otak dan menular ke bahagian lain di tubuh.Antaranya ialah menghala ke organ bau di hidung dan sebagainya.Sementara saraf spinal pula terbahagi kepada 31 pasang,yang berasal dari saraf tunjang di bahagian belikat.

Kebanyakan aktiviti badan berpusat di otak.Dari otak,impuls bergerak ke bahagian bawah mengikut saraf tunjang dan di sepanjang saraf ke tisu-tisu badan, menyebabkan tindakbalas akan berlaku.Otot akan bergerak apabila dirangsangkan oleh saraf yang membawa utusan dari otak, hasil daripada keputusan secara sedar.Walaubagaimanapun,tidak semua otot bergerak di bawah kawalan otak.Tisu jantung misalnya bergerak,tanpa kawalan otak kerana tisu ini mengandungi otot luar kawal.Begitu juga dengan otot yang melapisi dinding perut dan usus yang sentiasa bergerak menolak makanan di sepanjang salurannya,ketika makanan dicernakan.Kedua-dua gerakbalas tadi berlaku secara luar kawal saraf.


  Dalam huraian yang bterdahulu,jelas menunjukkan betapa pentingnya saraf dalam menggerakkan semua bahagian badan.Oleh itu,sekiranya perjalanan fungsi saraf kurang lancar,badan akan menjadi dingin,menyebabkan daya ketahanan tubuh menjadi lemah dan tidak bertenaga.Akibatnya badan akan mudah menerima gangguan penyakit.Terjadi demikian kerana kesihatan tubuh seseorang bergantung kepada keadaan perjalananan  saraf,yang berfungsi sebagai alat komunikasi.

Penyakit tidak hanya berpunca daripada kuman,seperti bakteria dan virus,kekurangan zat makanan,kelebihan zat makanan,keracunan makanan (food poisoning) atau akibat sampingan ubat yang dimakan,tetapi disebabkan oleh gangguan saraf (Terjodiprono).Dalam banyak kes,penyakit gangguan saraf selalunya berbeza dengan penyakit gangguan psikologi,meskipun kedua-dua penyakit ini berpunca daripada gangguan saraf.Penyakit gangguan saraf biasa seperti tersalah urat,lemah alat kelamin (impotency),kelumpuhan dan sebagainya,memerlukan rawatan pakar urat saraf (neurologi).Sementara pesakit saraf otak yang membawa seseorang hilang ingatan atau gila,memerlukan rawatan pakar psikiatri.

Penyakit gangguan saraf mungkin berpunca daripada amalan pemakanan,perlakuan atau kecederaan akibat kemalangan,menyebabkan saraf putus,disaluti lemak atau lendir,menyebabkan tidak dapat berfungsi normal.Kerosakan saraf misalnya mungkin menyebabkan darah tidak dapat berjalan dengan baik ke bahagian-bahagian tertentu di badan.Apabila saraf tidak berfungsi seperti biasa,badan terdedah kepada berbagai jenis penyakit saraf seperti krem(kreme),sakit sendi,sengal-sengal tulang(rheumatism),lenguh-lenguh badan,kebas kaki tangan(numbness),sakit kepala(headache),sakit pinggang(lumbago),lemah alat kelamin(impotency),lemah urat peranakan,lumpuh(paralysis),tergeliat(streaching) dan lain-lain.

Penyakit lumpuh pada kebiasaannya terjadi pada orang dewasa,yang mencapai umur lebih daripada 40 tahun.Pada kebiasaannya penyakit ini dikaitkan dengan lemah jantung.Lumpuh juga berpunca daripada darah beku di bahagian tertentu otak,yang berkaitan dengan bahagian-bahagian tertentu pada badan.Keadaan ini menyebabkan impuls saraf yang menguasai kegiatan,tidak dapat diteruskan ke hujung saraf sehingga otot-otot tidak dapat bergerak atau berfungsi.Inilah antara sebab-sebab berlakunya kelumpuhan,samada lumpuh seluruh badan,separuh badan atau mana-mana anggota badan tertentu.

Amalan perlakuan dan pemakanan harian seseorang juga boleh mengakibatkan penyakit gangguan saraf.Amalan menahan kencing misalnya,jikalau dilakukan secara berterusan,menjadi punca sakit karang(gonorrhoea), atau sakit uluran(testicular swelling) di kalangan kaum laki-laki.Amalan ini juga boleh menyebabkan terjadi bengkak di bahagian pundi-pundi kencing yang mengakibatkan seseorang kerap kencing.Lama kelamaan tabiat ini boleh menyebabkan sakit kencing bernanah.Pundi-pundi kencing yang membengkak, boleh menyebabkan merebaknya lain-lain penyakit gangguan saraf,seperti lemah alat kelamin,sakit pinggang(lumbago),sakit kepala,darah tinggi dsb.

Menurut seorang bomoh yang juga tukang urut tradisional,penyakit ini lebih mudah merebak sekiranya seseorang itu memakan makanan yang dianggap sejuk seperti pisang,tembikai,nangka,bayam dan beberapa jenis sayuran lain,meminum minuman sejuk atau yang mengandungi air batu.

Oleh kerana kesempurnaan saraf itu penting,berbagai-bagai cara dilakukan oleh orang Melayu tradisional untuk menjaga dan memulihkannya,sekiranya ia tidak berfungsi normal.Salah satu cara yang diamalkan ialah dengan mendapatkan rawatan urut tradisional yang dilakukan oleh orang yang pakar mengenainya. Ketika rawatan urut tradisional, tukang-tukang urut tradisional juga menggunakan bahan-bahan bantuan seperti minyak urut atau air yang telah didoakan atau dijampi.Minyak urut tradisional digunakan untuk melicinkan proses rawatan urut tradisional,selain mengelakkan kesan sakit akibat urutan dari rawatan urut tradisional tersebut.

Selain mendapatkan rawatan urut tradisional,pantang larang amalan-amalan tertentu juga perlu dipatuhi,samada pantang larang perlakuan mahupun pemakanan.Pesakit gangguan saraf ditegah melakukan kerja-kerja berat dan pantang memakan bahan-bahan yang dikategorikan sebagai sejuk.Sebaliknya pesakit digalakkan memakan makanan yang dianggap panas,seperti halia (Zinglber officinale), lengkuas(Alpinia),lada hitam(Piper nigrum) dsb.

Salah satu bahan yang elok dimakan untuk memanaskan badan ialah jintan hitam,atau yang juga dikenali sebagai “habbah sauda”(Nigella sativa).Ianya disarankan ole Rasulallah s.a.w dalam sabdanya.

Cara terbaik untuk memakan ramuan ini ialah dengan menjadikannya serbuk dan dimasukkan dalam kapsul,ataupun dijadikan makjun.Untuk menjadikannya ubat dalam kapsul,setengah kilo jintan hitam diperlukan.Pilih jintan hitam yang masih segar,iaitu yang tidak dimakan ulat ataupun terlalu lama dalam simpanan.Jemur dan ayak untuk mengasingkannya daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti pasir,habuk juga lain-lain campuran.Kemudian digoreng tanpa minyak dalam kuali,di atas api yang sederhana besarnya sambil membalik-balikkan bahan tadi dengan sudip terus menerus.Pastikan bahan ini tidak terlalu garing di atas kuali.Ia memerlukan tiga suku masak sahaja.

Tumbuk atau mesin bahan ini sehingga halus setelah sejuk.Kemudian dimasukkan dalam kapsul.Ambil 3 biji kapsul setiap hari pagi dan petang selepas sarapan atau makan malam.Bahan ini boleh juga dimakan begitu sahaja tanpa memasukkan dalam kapsul,iaitu dengan mengambilnya sebanyak 2 sudu camca dengan mencampurkannya dengan air setengah gelas untuk diminum setiap pagi dan petang.

Untuk menjadikannya makjun,serbuk jintan hitam yang telah cukup halus dicampur dengan buah kurma yang telah ditumbuk lumat dan diuli,dengan memcampurkannya sedikit madu asli.Kemudian digintil bulat sebesar ibu jari setiap satu.Lumurkan sedikit minyak kelapa asli sebelum disimpan dalam bekas. Pesakit juga perlu melakukan senaman ringan selepas diurut dengan rawatan urut tradisional.Pantang larang,petua dan amalan perlakuan pemakanan ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada kaedah perubatan Melayu tradisional.Malah ianya dianggap satu kemestian untuk membantu memulihkan sesuatu penyakit,termasuklah pemulihan urat saraf.










No comments:

Post a Comment