Wednesday, May 28, 2014

Domperidone vs Metolon




Macam tak percaya dah stripe ke 10 baru aku perasan yang selama ini aku makan pil yang expired!


Expiry: 10/01/2014

Tapi ini adalah stripe ke 10..bermaksud aku dah makan 96 biji! Memang aku tak perasan pun! Alih2 yang hujung2 baru perasan..aku pegi balik ke klinik yang aku beli..nasib baik pegi beli kat klinik, kalau beli kat pharmacy apa bukti yang aku ada? at least klinik ni aku still ada plastik klinik tu,,hadoi, jawapan dia bagi sangat best: 

"ubat ni memang bleh makan lagi, 6 bulan lepas expired"
"siapa yang kata bleh makan? cakap2 semua orang boleh cakap"
"doktor cakap, kalau nak saya boleh panggilkan doktor"

So arrogant..menjawab ko kan..aku dari tak hangin tadi, tanya pun dengan selemah gemalai pun..saja je ko nak bakar aku kan..

"doktor pun cakap jugak, sama je..sapa pun yang cakap kalau takde bertulis semua setakat cakap2 je, saya based pun apa yang tertulis kat ubat tu"

Pause ~~ tahu pun ko diam kejap kan..

"takpe lah, kalau macam tu kitaorang pulangkan balik duit kan"

Sambil dia keluarkan duit tu aku pun malas nak gadoh lagi dah..duit tu memang aku amik jugak tapi aku tak amik camtu je..

"bukan masalah duit ni kak, ni masalah benda yang kita makan..kalau ok kat bacan saya takpe, kalau kene kat badan orang lain yang tak tahan, teruk nanti..atau kat budak2 ke..saya makan ubat ni pun untuk anak saya, kalau apa2 kat anak saya ke?"

"insyaAllah lah takde apa2..selalu memang boleh makan dalam masa 6 bulan, takde apa"

Again, menjawab ko lagi..enough. aku malas nak berbahas dengan orang yang gigih nak tegakkan benang basah..

"ok la takpe la, nak buat camne kak, saya mintak maaf la ye, terima kasih"

Ha, hebat kan..its not about money kak..its about courtesy.i dont aspect you to return the money pun..customer terima kasih kat ko, ko sikit pun tak say sorry?..terima kasih la sebab bagi saya makan ubat dah expired & i will pray nothing will happen to me & my baby kan! sakit hati je!

The next day, aku call Kementerian Kesihatan..siap bagi nama & no telefon klinik tu..tujuan aku sumpah satu je, taknak nanti terjadi kat orang lain yang mungkin teruk kesannya pada dorang..mungkin kat aku takde apa jadi, tapi kat orang lain kita tak tahu..badan orang kan semua lain2 tahap antibodi..nak2 kalau ubat budak2, yang liquid2 tu, dari liter2 di cedok ke bekas kecik2 kan..lagi la cepat expirednye! Kementerian pun cakap tak boleh makan lepas expired, nak2 kalau yang loose pack..

Sorry lah Klinik Foziah, to be specific, doc Foziah, i have nothing against you..saya bukan nak tutup periuk nasi ke apa..niat saya cuma satu je, taknak nanti ada orang lain yang terkene & saman awak ke apa..ha, masa tu lagi teruk awak..sorry doc!

Lepas kes tu, aku dah tak makan Domperidone lagi, aku cari yang lain.


Metolon. Expiry:April 2016 haha

Ni pun sama gak, function untuk milk booster..yang  ni aku beli kat pharmacy je..ada 100 bijik..cukup la untuk sebulan..happy sangat bila effect nye hebat! bukan aku tak cuba cara yang lebeh natural..macam dried longan, barli, lobak putih, jantung pisang, tapi cam tak berapa menjadi & plus, makanan2 tu takkan nak masak hari2..kalau ada jual kat mana2 & aku nampak, aku beli la, tapi kalau takde macam mana? 

Masalah kurang susu ni terjadi start aku kene diarrhea hari tu..dekat seminggu dehidrated!! masa tu lah aku start bagi Fayyadh susu formula..kesian dia mula2 minum tu sampai selsema & batuk dia..manja sungguh! tapi sekarang ni sementara nak bagi stock susu ok balik, aku cuma bekalkan susu formula hujung2 je..maksudnya kalau EBM dah habis baru wan dia bancuh formula..sehari dalam sekali-dua je dia minum formula..

Ok la tu kan?

Tapi dah takde title fully BF la ek?

Haha 

Ok lah tu..5 bulan kot baru campur susu formula..

Amani dulu lagi lagi la 2 bulan dah campur susu formula..

Bersyukur lah.

Alhamdullilah!












No comments:

Post a Comment