Monday, January 14, 2013

Akak, akak pakai lah wig!



Perjalanan 'aku yang naif' hari sabtu lepas memang sungguh menduga..dalam lrt punya cerita jangan tanya la..dah kata kenderaan awam..paham2 jelah bermacam jenis ada di dalam..kang cerita buat tambah dosa je..huahuahua..

Eemmm..hari tu aku ke Time Square..alkisah nak mencari baju dinner malam Glam Rock! katanye kan! gigih dek nunnn..aku g ngan Farah..sebab Naza pun tema yang sama ye..kalau tak memang tak la nak kuar ngan dia haha..sentap Farah kalau dia baca ni haha!

Jalan punya jalan..kitaorang masuk satu kedai ni..farah la nak cari seluar..try sana sini..ada la satu suar ni dia berkenan..ok dah settle..dia try plak vest..budak yang layan kitaorang tu plak ramah jugak..berborak2 dah cam kenal lama..daripada cerita nak cari baju seluar, terus masuk bab make up camne, rambut nak buat camne, sampai la hadiah best dress..haha

Budak ni suggest Farah buat rambut warna la apa la..pastu dia tanya aku "akak pakai tudung jugak ke" aku pun cepat2 la jawab "pakai" apsal plak aku nak bukak tudung semata2 nak g dinner company? memang tak lah nak bukak bagai..emm yang best budak tu siap cakap "tapi pakai tudung nampak rock ke" aku pun jawab dengan sabar sekali "adalah caranya nak nampak rock" emm, dia tak puas lagi "akak pakai la wig ke" hohoho..aku pantas menggeleng & cakap "taklah" 

Aku rasa sedih & kesian jugak kadang2 dengan pemikiran orang yang begini..ceteknya ilmu..tudung itu ialah untuk tutup rambut ye, emm kalau fikir camtu, cetek, memang cetek..secetek air di kali..adik, wearing a tudung is not just covering your hair! it is more than that! bukan hanya menutup rambut, tapi menutup bahagian yang boleh menampakkan susuk tubuh seseorang..tak boleh nak salahkan adik ni..dia pun belum bertudung & apa yang dia faham pun mungkin dari apa yang dia lihat sekeliling..eemm..tepuk dada tanya selera dikk..fikir bukan dari apa yang kita lihat sahaja, ilmu pun kene aad, tak perlu ada degree bagai pun..tak payah beli buku, tak payah bazir air liur tanya sana sini..hanya google, baca, amati, selami, fahami  & simpan dalam kotak fikiran! supaya bila bercakap dengan orang awak takkan bagi idea yang 'bernas & bijak' camtu!

Maaf la..kalau ada yang bersangka aku lantang menghentam atau apa2..aku pun baru je bertudung..tak sampai 2 bulan pun..after all this my personal blog kot..saya bleh cakap apa je kat blog saya :p

Tapi please la hormat sikit..cakap berlapik..dan yang paling penting jangan cetek sangat cara berfikir..

Biar kita takde pelajaran, tapi pandai berfikir & bijak mengatur kata..

Sekian

Bye! 

No comments:

Post a Comment