Monday, December 24, 2012
Aku bengang dengan MAXIS
Apakah perasaan anda apabila anda membayar <> RM100 sebulan untuk sesuatu yang amat mengujakan, tetapi tak dapat menggunakan perkhidmatan itu?? Apakah ia? Ia adalah MAXIS !
Apa yang buat kamu marah?
Anda bayangkan..untuk penggunaan yang tak seberapa, bermaksud, saya tak download apa2 pun, kecuali FB & WhatSapp sahaja, cuma sekali sekala sahaja bukak update blog, ini sahaja dah dah hampir 1G ! Pulak tu office hour memang saya tak on data plan, sebab office pc pun ada nak serve apa2..cuma anda fikir berapa banyak masa sangat yang saya ada kat rumah? dengan berbaki beberapa jam sebelum tido tu, sibuk uruskan anak segala, sabtu ahad adalah curik2 masa 1-2 jam, tu pun kalau malas nak on pc, sebab saya pun ada amik broadband MAXIS jugak..(betapa loyal punya customer ni?) Bayangkan berapa sangat lah penggunaan saya selama sebulan??
Habis tu apa masalahnya, apa yang kamu marahkan lagi?
Tak kisah lah lagi, pakai sikit, kene charge sampai 1G, sila lah charge, saya tak kisah pun! sebab saya dah amik in pakej pun..RM48=1G (tu pun tak masuk lagi call plan ye ibu2 bapak2, call plan RM50) murah lah jugak kan, walaupun saya pakai kejap pun! tapi masalahnya di ofis memang saya tak bleh nak excess internet langsung tru phone ni! sebab apa? MAXIS line ni la! bayangkan kat bandar ARA DAMANSARA yang seluas alam ini, hanya 1 bar sahaja! nasib2 dapat lah 2 bar..sapa2 yang call saya tahu lah camne, macam cakap dengan robot hokay!!! kadang2 tu bila saya perlu bukak page yang tak bleh bukak kat pc ofis, saya perlu lah on mobile data..ha, masa ni la angin kus kus saya naik! memang tak bleh nak loading langsung!!!!!!!!!! eh eh eh, on tapi tak bleh loading pun alih2 tengook breakdown mobile data usage dah naik ko chart dia..bayangkan dalam masa tak sampai setengah jam pun yang terhegeh2 nak loading FB tu, daripada 502mb, terus naik 542mb????????? dalam masa setengah jam, tak bleh loading, tapi masih charge saya 40mb???? bagus MAXIS ni ^ --- ^
Apa tindakan yang kamu ambil?
Dah banyak kali dah saya complain..sejak pindah ofis dari May2011, sampai sekarang ada lah 2-3 saya call tanya pasal service signal kat sini..diberikan case no (yang ntah aku nak pulun ke hapa??) kata ada orang teknikal akan call (yang hado!) tapi sampai sekarang nan begini jua seadanya..lastest baru tadi saya call..katanya ''dulu bulan Nov cik dah call, case cik dah resolve dah" haku hangin betul! "kalau dah resolve takkan saya call ni" saya tak rasa sorang dua je yang complain..kat sini bukan hulu sangat ye..kat tepi jalan je, cuma bangunan je yang..tak tahu lah apa yang susah sangat..takde coverage apa ke, buat lah sesuatu.."saya mintak maaf atas kesulitan, sebab saya cuma boleh tolong submit request cik je kat teknikal" ya, memang aku tengah sulit sangat2 sekarang ni sampai rasa nak baling hp je, btw wat do u mean by tolong? dah keje, tak perlu cakap tolong ye! "kalau awak tengok system, saya dah complain banyak kali, tapi sampai sekarang dah setahun lebih, takde improvement" kat basement bawah ni CELCOM pun ada signal tau! takkan MAXIS ni yang dalam bangunan tepi jalan pun tak bleh nak improve?? betul2 tak faham la! pastu sekarang ni aku nak kene redha ke macam mana ni??
Mintak maaf la wahai MAXIS..saya dah jadi customer kamu since i use my 1st hp..that was somewhere in 2000 agaknya..tolong lah buat sesuatu..kat rumah memang takde isu sangat, tapi di ofis ni..takkan saya nak bayar tiap2 bulan tapi tak dapat gunakan? sedangkan separuh dari masa saya habis kat ofis ni??
I've made my decision, if there is no improvement by this month (year), i'll switch to DIGI or CELCOM !
This is final !
Sorry MAXIS !
Its been so arritating & annoying using ur service!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment