Wednesday, December 12, 2012

Kenapa tak pakai tudung yang nipis sikit??



Alhamdullilah aku dah bertudung sejak 5 Dec lepas..aka Amani's 1st birthday..oppss bukan sempena Amani setahun ye..niat ni memang dah lama dah..ikutkan dari masuk 3 series lagi aku dah pasang naiwaitu..selain menyiapkan diri dengan tuntutan2 lain..ya, semakin hampir ke situ..sudah yakin, jadi yang seseterusnya tinggal aku tak bertudung je..bila lagi? aku belajar, baca, google sana sini cara bertudung yang dituntut..tak nak la hanya pakai, asal tutup kepala saje, sudah..orang nak pakai tudung, awak pun pakai tudung, pastu paksinya ntah ke mana..takmo takmo hokay..!

Merasakan tudung yang jual siap tu tak kene dengan bentuk muka yang bulat iniiiii~lala sedar diri~nak2 lagi kebanyakkan tudung tu pendek, tak menutup bahagian yang sepatutnya, jadi aku memang dari awal lagi pilih untuk pakai tudung pashmina..dengar pashmina je rasa cam susah ye nak pakai?? takde la, senang jerrr...lilit lilit lilit dah siap! hehe..

Alkisah hari ke 3 kot, ada seorang kawan kerja bertanya:
"kenapa tak pakai tudung yang nipis sikit, ni kan macam tebal, tak panas ke?"
Disebabkan dia bukan Islam, jadi aku pun bagitahu sikit2 kenapa..tapi tahulah dia faham ke tak..harap kalau dia baca ni dia lebih faham :)

Ni antara hari2 terawal..ada longgar2 sikir ye..& terlalu ke atas sangat, sampai nampak jendulku :P 


Istilah tudung atau HIJAB itu sendiri bermaksud penutup dan boleh dijurus kepada jubah, tudung dan purdah untuk dijadikan penutup aurat seseorang wanita.

Allah swt berfirman dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:
 “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat  pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”

Rasulullah saw juga bersabda yang bermaksud:
Dua golongan daripada ahli eraka yang belum saya lihat iaitu satu, kaum yang memegang cemeti bagaikan ekor lembu digunakan untuk memukul orang dan kedua, wanita2 yang berpakaian namun hakikatnya telanjang, merayu-rayu manarik hati sambil berjalan berlenggang lenggok, dia atas kepala mereka seperti terdapat bonggol unta (ikatan sanggul) Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium baunya, pagahal bau syurga itu dapat dicium dari perjalanan sekian sekian (yang cukup jauh)

Ya, aku tahu aku baru je belajar bertudung..sebab tu aku cakap, aku belajar, baca sana sini, sebelum ke arah ini..jadi, bila aku betul2 nekad, aku harap aku tak lagi separuh2 jalan..alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke lengan..

Kita semua sedia maklum kat pasaran sekarang macam2 jenis tudung..macam2 fesyen, macam cendawan tumbuh! berkerawang lah, 2 layer, 3 layer, berlayer2, eh macam2 lagi la..cuma hak kita lah nak memilih yang macam mana..bagi aku sendiri, boleh la nak ikut fensyen, asalkan tak lari dari konsep berhijab..pada aku, apalah gunanya bertudung tetapi tidak mengikut syariat?

Apa syarat2 bertudung/berhijab dalam islam?

1) Memakai tudung labuh yang menutupi aurat di bahagian kepala sehingga ke bahagian dada
“Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..”
Berdasarkan ayat di atas, wajib ke atas wanita Islam memakai tudung yang menutupi seluruh kepala dengan melabuhkannya sehingga ke dada kecuali kawasan muka. Ini termasuk menutupi seluruh rambut, kedua cuping telinga, tengkuk dan leher. Belahan baju itu letaknya di kawasan leher dan dada. Oleh yang demikian, tudung kepala itu hendaklah juga menutup atau menyembunyikan bahagian leher dan dada. Ini bererti tidak memadai memakai tudung itu jika masih nampak rambut, leher, tengkuk, telinga dan bahagian dada.

2) Memakai tudung yang diperbuat daripada material tebal yang menutupi warna kulit dan rambut dari kelihatan
“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama)….”
Maksud tudung yang tebal ialah tudung tersebut tidak jarang, tidak nipis atau berlubang-lubang sehingga boleh menampakkan warna kulit atau anggota aurat. Ulama dalam mensyarahkan hadits ini mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan bertelanjang itu adalah wanita yang berpakaian nipis yang masih menampakkan warna kulit dan berpakaian menutupi sebahagian anggota aurat dan membuka sebahagiannya lagi. Oleh itu ketahuilah bahawa memakai tudung yang nipis atau yang jarang itu tidak menepati kehendak sebenar cara bertudung untuk menutup aurat kerana ia masih menampakkan warna kulit. Selain itu, tudung yang terlalu nipis dan ringan juga mudah tersingkap apabila ditiup oleh angin dan menyebabkan aurat terbuka. Selain itu, terdapat juga telekung yang diperbuat dari material nipis dan jarang serta mempunyai kerawang yang besar dan banyak. Telekung sebegini boleh menyebabkan sembahyang tidak sah kerana syarat menutup aurat masih tidak terlaksana dengan sempurna.


Tiada sanggul tinggi seperti bonggol unta & sepatutnya labuh menutupi dada


 Macam yang aku dah cakap tadi alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..sebab tu aku mengambil masa sampai 31 tahun untuk bertudung..jadi kalau boleh tak nak lah separuh jalan..oleh itu, ada dua perkara yang aku selalu pastikan..

1) Tudung mesti labuh & menutupi dada
2) Rambut tidak bersanggul tinggi seperti bonggol unta

Kenapa? Sila rujuk syarat2 kat atas ye.. 

Ini the latest one! sabtu lepas, masa nak bawak Amani pegi injection setahun! dah ok & tak nampak jendul sangat kot macam yang sebelum ni..p/s:tudung sama, tak banyak koleksi lagi!

         This was the very 1st day..not fully covered! ke Amani tarik2 masa amik gambo nihh? :P

Harapan setinggi gunung, moga2 kekal begini sehingga hujung nyawa..Amin

Amik gambar ngan Amani adalah wajib, supaya tidak kelihatan syok sendiri :)





1 comment:

  1. Alhamdulillah.. =) tahniah kak, kerana menjadi salah seorang yang dipilih Allah untuk menerima hidayahNya, sementara kite masih bernyawa di dunia ini..

    Saya terpanggil untuk kongsikan satu perkara dengan akak, iaitu tentang gambar semasa belum bertudung.
    Akak kena delete gambar2 akak yang tidak bertudung, sebab, nanti dosa dia sama seoalah-olah akak tak bertudung, bila ada lelaki yang tengok =) mungkin akak tak perasan gambar profile kat blog akak ni kut..

    selamat beramal kak ^^

    ReplyDelete