Zaman global serba canggih masa kini ada lagi ke nak guna pepatah/peribahasa melayu?
Ada tu ada agaknya..tapi jarang2 sekali kita dengar kan..contohnya bila aku sendiri gunakan dalam perbualan, ada yang pelik sangat & cakap aku ni melayu sangat..hello, memang melayu la..aku bangga jadi anak melayu lessss..kau adesss..haha
Tapi aku rasa la..pepatah/peribahasa melayu sekarang dah cam tak relevan..ada yang memandai nak mengandai2kan maksud pepatah/peribahasa tu & tak mustahil makin lama makin kurang penggunaan pepatah/peribahasa melayu ni..
Contoh:
Berani kerana benar, takut kerana salah
Aku tak rasa relevan langsung..sebab, bila kita diam (takut) tak semestinya kita salah, tapi sebenarnya kita malas nak bertelagah..sebab kalau bermati-matian menegakkan kebenaran tu yang kadang2 nampak kita ni salah kalau tak betul caranya..unless la kalau dah melibatkan kes polis/court, yang tu haruslah! kalau takat benda2 yang remeh tu, biarlah, diam tu lebeh baik..duk sorang2, buat hal sorang2..biarlah orang nak cakap takut ke apa..yang penting Dia Maha Mengetahui..
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Ye betul, kalau kita buat baik selalu sangat nanti orang naik lemak & kadang2 tu sampai nak pijak kepala kita..adakah pepatah/peribahasa ini bermaksud nak buat baik pun kene ada batas nya? camtu dah cam tak menggalakkan orang berbuat baik pulak..hehe..satu lagi, buat jahat tu jangan sekali bermaksud buat banyak kali ke? ye, kita faham maksudnya ialah jangan sekali buat jahat..tapi kan lebih baik 'buat jahat jangan sekali-kali' ataupun 'buat jahat dont u ever' haha boleh?
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Cubalah buat kat rumah, harus terus patah rebung tu tau! ha lepas tu boleh terus buat masak lemak cili padi campur udang! ~lalala..kalau melentur buluh dari rebung & terus patah, amatlah merbahaya sangat..maksud pepatah ni dari kefahaman kita ialah, kalau nak mendidik anak tu biar dari kecik kan? tapi tulah, kalau ikut pepatah ni, rebung tu terus patah, tu dah jadi lain..mengajar anak jangan lah terlampau keras & straight..takut anak tu terbiasa dengan kekerasan & memberontak pula nanti..
Tiada angin, pokok takkan bergoyang
Sangat tidak relevan..banyak yang jadi angin menggoyangkan pokok tu..dan akhirnya tu yang buat pokok tu seolah2 bergoyang dengan sendirinya..maka terwujudlah cakap2 yang tak sedap didengar & sekaligus membawa fitnah kesana sini..ha lepas tu kesian si polan tu..
Rambut sama hitam, hati lain2
Confirm! memang tak boleh guna dah pepatah/peribahasa ni! zaman sekarang ni rambut yang di luar tu dah takde yang hitam dah..semua dah color lain2..inikan pula hati yang di dalam?? so macam mana nak nilai hati, sedangkan rambut manusia pun dah lain2 color?? sendiri mau ingat la..
Mungkin aku ni jenis pemikir..fikir jauh sangat..yes, kadang2 kene fikir jauh jugak..supaya kita boleh mencongak apa yang kesan & akibatnya..walaupun tak tepat, tapi at least kita boleh predict sikit & berhati-hati...
Pengalaman mendewasakan.
Belajar lah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment