Thursday, October 18, 2012

Pendera itu HARUS dipenjara seumur hidup!


BATU PAHAT – Seorang bayi yang baru sahaja berusia 8 bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri selama  6 hari, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.
Nur Irisyafida Balkis, yang dimasukkan ke hospital Khamis lalu akibat mengalami 3 keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan serta kaki kiri. Namun masih belum diketahui bagaimana bayi itu didera.
Dia meninggal dunia pada jam 2.30 petang semalam di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini.
Ibu mangsa, yang dikenali sebagai Aida, 29, sewaktu ditemui berkata, sewaktu Balkis dimasukkan ke hospital, dia terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Aida terkilan kerana Balkis, yang telah pandai merangkak serta baru hendak belajar berjalan, tidak sempat menggunakan ‘baby walker’ yang dibelinya. 
Nur Irisyafida Balkis, 8 bulan - Comel sangat!

Kejam nye wahai si pendera..zalimnye kau! kalau pun kau bergaduh dengan mak dia, tak patut kau buat anak dia camni..bukannya budak ni faham lagi..kalau pun kau belum kahwin& takde anak, tapi takkan lah kau takde perasaan kasihan..sekurang2nya kau ingatlah adik2 atau anak2 buah kau..Ya Allah, entah macam manalah ibunya menerima semua ni..ralatnya walker tak sempat nak diguna lagi :( 


Hati-hatilah memilih teman..
Jangan sampai anak menjadi sasaran..
Ya Allah, Kau kuatkanlah & Kau tabahkanlah ibu & ahli keluarga bidadari syurga-Mu ini..
Amin!





No comments:

Post a Comment