Lumrah manusia..menilai apa yang zahir sahaja..
Ini cerita jumaat lepas..aku dah Faii g hantar barang kat customer..oleh kerana merempit, waktu hujan renyai gerimis tu, hatta basahlah baju kami sedikit..tapi aku tak pernah merungut pun selebat mana pun hujan turun..walaupun kebarangkalian basah kuyup & demam nan selsema aku redha je..ada atau takde baju hujan, aku kejung je memeluk suami..kejung tu maknanya dah sejuk sangat la..kuikui..
Adoi menyimpang dah cerita..ok, sampai kat tempat dituju, Faii g jumpa orang tu & haku tunggu kat bawah..lantas, ada satu pakcik ni turun dari ofis dia kot kat atas nun, nak menuju ke kete dia kot..dengan peramah nye menegur aku:
pakcik: pegi mana?
aku: hantar barang (ringkas je kan aka malas nak layan)
pakcik: barang apa?
aku: barang kesihatan (pekehal banyak nauu nanya ni..polis ke hapa ko)
pakcik: hantar kat mana?
aku: tu kat atas tu (can u stop talking & shut up!)
---------senyap setengah minit cam tahu aku tak suka kan------------
pakcik: beli la satu kete, kancil ke?
~wth! kalau pun haku ada 8 bijik kete kat rumah patut ke haku nak canang satu duniawi? hello, ko hingat yang bawak moto tu semua takde kete ke hapa? ntah2 dorang tu ada 2-3 bijik kete tersadai kat rumah tau! orang zaman sekarang semua nak cepat, nak masa berkualiti dengan keluarga..kete simpan untuk riadah! yang ada kete memang tetap kene naik kete..tapi kalau ada kete & motor confirm akan prefer motor lagi..nak2 keje laki-vini dekat2..apa ada hal hujan sikit2??)
Masih mengamalkan nilai2 murni (lalalalala) & hormat sebab dia orang tua, aku jawab la juge: ''kete ada kat rumah, tunggu SUAMI tu ha..(sambil pandang Faii menghala ke aku..hohoho sonyap pakcik iteww)
Terus pakcik tu ngalih pandangan kat tempat lain~lalala padan muka..
Dalam kes pakcik ni, sekurang2nya dia bertanya & aku bagitahu yang sebenar..dia yang dari awalnya mungkin menilai mengikut andaian dia, dah dapat pun jawapan yang sebenar :) tahniah pakcik :P
Itu lah dia..manusia selalu menilai dari apa yang mereka lihat sahaja..sangat tidak adil untuk orang yang dinilai..kalau pun cerita tentang orang tu datang dari si polan2 mana pun..kalau betul takpe, kalau tak, teraniaya lah dia!
Disebabkan cite tu berlaku pada hari jumaat, jadi aku takde la sentap sangat..sebab banyak lagi keriangan menanti aku di hujung minggu..lalala
Ini dia orangggnyaaa-Nur Amanda Amani
Ok itu saja..
Bye!