Monday, November 5, 2012

Amani dah 11 bulan!

Genap 11 bulan dah Amani..kejap je tup tup bulan depan dah nak setahun dah! rasa baru sebulan dua je..hehe..takat 11 bulan ni, Amani dah ada 7 gigi..3 atas, 4 bawah..ada lagi 2-3 batang yang samar2, esok lusa kuar lah kot..merangkak dah laju ok! tak terkejar mak ko ni tau! lama2 kurus la mama..bagus jugak!

Muka ni buat orang nak cium laju2!

Development Amani dari fizikal rasanya cam lambat sikit compared to budak lain..contoh, kalau baby 3 bulan dah meniarap..Amani 4 bulan baru bleh meniarap..pastu merangkak 10 bulan baru dapat..padahal budak lain 8-9 bulan dah pandai dah..

Nak tunjuk gigi letewww!

Tapi Amani dapat benda yang lain dulu..contoh, gigi tumbuh awal..masuk 5 bulan dah ada gigi..now dah ada 7 dah..budak lain kebanyakkan 7-8 bulan baru nak tumbuh gigi..so di situ clap2 untuk Amani!

Ni plak muka termenung tengok mainan tergantung..Ayo! awak nampak tembam lah!

Tiap kali orang tanya dah meniarap ke, ha belum lagi? pastu dah meniarap cakap pulak, ha dah 8 bulan belum merangkak? fuhhhh can't stop people talking kan? Sila faham ye, setiap budak adalah lain perkembangannya..so, ada pro & cons nye di siteww..Amani dia memang cepat belajar..cepat ikut apa yg diajar..hye2 bye2 orang seawal 5-6 bulan lagi..dalam masa yang sama gak pandai angguk geleng ..bagitahu kita yang dia nak ke taknak..pastu dalam 7-8 bulan dah pandai ikut cakap orang..memang kelakar! so, hati2 la nak cakap apa2 ye..sampai la sekarang ni memang pandai meniru cakap orang, siap dengan gerak geri sekali..huhu terlebeh sudah! 

Nak buat kening ZZ tak jadik la nak oi! 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ni akal baru dia...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



                                              
 Ni muka nak mintak kene cium! tapi bila orang datang dekat dia palingkan muka & muncung pun dah takde! saja nak main2kan orang kan!

Boleh sangkut hanger tau!


Tak sabar nak tengok Amani berjalan..mesti lagi kelakar ngan gaya mulut tuhhh..hehe



Sunday, November 4, 2012

Sebab Fazura tolak watak DIAN



Jelita

AKTRESS jelita, Fazura yang sinonim dengan filem serta drama terbitan Red Films seperti Gol dan Gincu dan Pisau Cukur terpaksa menolak untuk melakonkan watak Dian dalam filem terbaru syarikat itu, Istanbul Aku Datang, disebabkan ada beberapa babak yang bertentangan dengan prinsipnya.
Watak itu bertukar tangan kepada Lisa Surihani.
Umum juga sudah mengetahui bahawa Fazura tidak akan berlakon sekiranya terdapat adegan di ranjang atau babak berpelukan dengan pelakon lelaki.

 “Mungkin bukan rezeki saya dan tertulis untuk Lisa (untuk watak Dian).
 “Saya terpaksa menolak kerana terdapat beberapa babak yang melanggar prinsip saya,” katanya  ringkas ketika ditemui baru-baru ini.


Filem arahan Bernard Chauly yang menjalani 100 peratus pengambaran di ibu negara Turki itu mempamerkan beberapa aksi romantis di antara pelakon utamanya iaitu Beto Kusyairy, Lisa dan Tomok. 

Cantik

Ketika ditanya mengenai desas-desus pembukaan butiknya yang kedua, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 29, menjelaskan, “(pembukaan butik) dalam planning dan masih memikirkan mengenainya.” Kelibat Fazura kini jarang dilihat di mana-mana majlis hiburan berikutan dia semakin sibuk dan ligat dalam menguruskan perniagaan fesyen miliknya sendiri yang diberi nama House of Doll yang beroperasi di Jalan Telawi 3, Bangsar sejak Mei lalu.

Pelakon yang berasal dari Pekan, Pahang yang pernah merangkul Anugerah Aktres Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia ke-17 ini turut diajukan soalan bila dia bakal menamatkan zaman bujang.
Ketika diajukan pertanyaan itu, Fazura menyatakan, “Insya-Allah, bila jodoh saya sampai, saya akan berkahwin.”

“Saya tak mahu dengar cakap-cakap orang, bila sampai masanya saya akan berkahwin juga nanti,” katanya.


Kredit to Budiey

My personal opinion la..cam tak best je cite2 camni kuar sekarang..yelah tengah2 nak tayangan filem tu kan..nampak macam tak best kat sana sini..pape pun thumbs up to Fazura nan jelita..berpegang pada prinsip!





Friday, November 2, 2012

Asalkan baik hatinya...........



Petikan dari blog Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam.
“Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, “ tegasnya.
“Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.
Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.
“Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?” tanya saya lembut.
“Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.”
“Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan pola logiknya berfikir.
“Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.”
“Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?” kilas saya tiba-tiba.
“Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut…”
“Itu sahaja?”
“Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?”
“Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.”
“Mengapa?”
“Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia suatu yang objektif dan mutlak, ” akui saya terus-terang.
“Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!”
Saya cuba senyum lantas berkata,” akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Itu kan lebih tepat… Ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.”
“Jadi akal kita untuk apa?” desaknya lagi.
“Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan.”
“Ertinya akal kita terikat?”
“Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat berpusing ini… tetapi tetap pada paksinya.”
“Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?”
“Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman.”
“Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?”
“Separuh betul,” jawab saya.
”Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia ‘tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran.”
Anak muda di hadapan saya muram. Nampaknya dia belum berpuas hati.
“Tetapi dia jujur, amanah…”
“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.”
Anak muda di hadapan saya masih tidak puas hati. Perlahan-lahan saya tusuk dengan hujah yang memujuk,  “namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.”
“Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?”
“Masih merujuk kepada Al Hadis.”
“Hadis yang mana?”
“Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.”
 “Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?”
“Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah.”
“Maksud ustaz?”
“Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.”
“Oh, begitu. Kenapa ya?”
“Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”
“Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?”
“Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.”
“Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend?”
“Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati hak Allah…”
“Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…”
“Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.”
“Mengapa?”
“Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah.”
“Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.”
“Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat… secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.”
“Siapa wanita yang paling baik?” tiba-tiba anak muda di hadapan saya bertanya sambil merenung muka saya. Serius dan tajam renungannya.
“Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.” jawab saya pasti.
“Bagaimana pakaian mereka?”
“Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik. ”
Kali ini dia pula terdiam. Melihatnya begitu saya terus mengasak, “kalaulah hati yang baik sahaja jadi pernilaian Allah, tentulah isteri-isteri dan anak-anak perempuan Rasulullah tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat.”
“Wanita yang baik mesti menutup aurat?”
“Ya.”
“”Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?”
“Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat.”
“Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?”
“Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.”
“Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit.”
“Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!”
“Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?” Sekali lagi dia mengajukan soalan yang sama.
“Wallahua’lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan jika tidak diatasi akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat!”
Dia senyum. Alhamdulillah.
“Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…”
“Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?”
Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh saya. Saya simpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!

Peringatan untuk diri sendiri juga :)