Thursday, May 8, 2014

Update tentang Mak




Beberapa minggu lepas mak balik dari hospital, kami adik beradik buat doa selamat untuk mak, panggil ornag surau baca yassin..kitaorang buat 3 minggu berturut2..khamis malam jumaat..

Mak ngah, kakak mak, datang tiap2 minggu tido semalam kat rumah..tolong2 masak..aku pun kadang tido sampai 2-3 malam kat sana..tolong2 jaga mak..yelah aku je yang duk jauh sikit..kakak berdua tu sebelah menyebelah je..

Alhamdullilah lepas seminggu lebeh camtu mak dah tak pakai oksigen dah..mungkin environment rumah sendiri, walau dengan hiruk pikuk dengan jerit pekik cucu2 nye, tapi hati senang kat rumah, tak stress, senang lah nak bernafas..pun dah bleh senyum cam dulu..tak macam kat hospital dulu..asyik nak meracau2 & pandang2 atas je..cuma tido malam tak lena sangat la..yelah, lenguh badan agaknya asyik berbaring je..tapi nak buat camne..mak dah tak bleh bergerak dah..memang kene baring je..

Harapan aku lepas ni mak semakin pulih..walau tak boleh berjalan lagi pun tak mengapalah..asalkan boleh bercakap & bergerak macam dulu..

Amin




No comments:

Post a Comment