Wednesday, May 28, 2014

Domperidone vs Metolon




Macam tak percaya dah stripe ke 10 baru aku perasan yang selama ini aku makan pil yang expired!


Expiry: 10/01/2014

Tapi ini adalah stripe ke 10..bermaksud aku dah makan 96 biji! Memang aku tak perasan pun! Alih2 yang hujung2 baru perasan..aku pegi balik ke klinik yang aku beli..nasib baik pegi beli kat klinik, kalau beli kat pharmacy apa bukti yang aku ada? at least klinik ni aku still ada plastik klinik tu,,hadoi, jawapan dia bagi sangat best: 

"ubat ni memang bleh makan lagi, 6 bulan lepas expired"
"siapa yang kata bleh makan? cakap2 semua orang boleh cakap"
"doktor cakap, kalau nak saya boleh panggilkan doktor"

So arrogant..menjawab ko kan..aku dari tak hangin tadi, tanya pun dengan selemah gemalai pun..saja je ko nak bakar aku kan..

"doktor pun cakap jugak, sama je..sapa pun yang cakap kalau takde bertulis semua setakat cakap2 je, saya based pun apa yang tertulis kat ubat tu"

Pause ~~ tahu pun ko diam kejap kan..

"takpe lah, kalau macam tu kitaorang pulangkan balik duit kan"

Sambil dia keluarkan duit tu aku pun malas nak gadoh lagi dah..duit tu memang aku amik jugak tapi aku tak amik camtu je..

"bukan masalah duit ni kak, ni masalah benda yang kita makan..kalau ok kat bacan saya takpe, kalau kene kat badan orang lain yang tak tahan, teruk nanti..atau kat budak2 ke..saya makan ubat ni pun untuk anak saya, kalau apa2 kat anak saya ke?"

"insyaAllah lah takde apa2..selalu memang boleh makan dalam masa 6 bulan, takde apa"

Again, menjawab ko lagi..enough. aku malas nak berbahas dengan orang yang gigih nak tegakkan benang basah..

"ok la takpe la, nak buat camne kak, saya mintak maaf la ye, terima kasih"

Ha, hebat kan..its not about money kak..its about courtesy.i dont aspect you to return the money pun..customer terima kasih kat ko, ko sikit pun tak say sorry?..terima kasih la sebab bagi saya makan ubat dah expired & i will pray nothing will happen to me & my baby kan! sakit hati je!

The next day, aku call Kementerian Kesihatan..siap bagi nama & no telefon klinik tu..tujuan aku sumpah satu je, taknak nanti terjadi kat orang lain yang mungkin teruk kesannya pada dorang..mungkin kat aku takde apa jadi, tapi kat orang lain kita tak tahu..badan orang kan semua lain2 tahap antibodi..nak2 kalau ubat budak2, yang liquid2 tu, dari liter2 di cedok ke bekas kecik2 kan..lagi la cepat expirednye! Kementerian pun cakap tak boleh makan lepas expired, nak2 kalau yang loose pack..

Sorry lah Klinik Foziah, to be specific, doc Foziah, i have nothing against you..saya bukan nak tutup periuk nasi ke apa..niat saya cuma satu je, taknak nanti ada orang lain yang terkene & saman awak ke apa..ha, masa tu lagi teruk awak..sorry doc!

Lepas kes tu, aku dah tak makan Domperidone lagi, aku cari yang lain.


Metolon. Expiry:April 2016 haha

Ni pun sama gak, function untuk milk booster..yang  ni aku beli kat pharmacy je..ada 100 bijik..cukup la untuk sebulan..happy sangat bila effect nye hebat! bukan aku tak cuba cara yang lebeh natural..macam dried longan, barli, lobak putih, jantung pisang, tapi cam tak berapa menjadi & plus, makanan2 tu takkan nak masak hari2..kalau ada jual kat mana2 & aku nampak, aku beli la, tapi kalau takde macam mana? 

Masalah kurang susu ni terjadi start aku kene diarrhea hari tu..dekat seminggu dehidrated!! masa tu lah aku start bagi Fayyadh susu formula..kesian dia mula2 minum tu sampai selsema & batuk dia..manja sungguh! tapi sekarang ni sementara nak bagi stock susu ok balik, aku cuma bekalkan susu formula hujung2 je..maksudnya kalau EBM dah habis baru wan dia bancuh formula..sehari dalam sekali-dua je dia minum formula..

Ok la tu kan?

Tapi dah takde title fully BF la ek?

Haha 

Ok lah tu..5 bulan kot baru campur susu formula..

Amani dulu lagi lagi la 2 bulan dah campur susu formula..

Bersyukur lah.

Alhamdullilah!












Friday, May 23, 2014

Berhadapan dengan kematian...




Kematian yang bukan dari ahli keluarga aku..tapi cukup untuk aku rasakan perasaan kehilangan itu..

16 May 2014. Perginya seorang anak Syurga, Arman Dani. Aku cuma kawan alam maya dengan ibu nye..tak pernah bersua muka pun..tapi cukup untuk meruntun jiwa aku..


Aman & Amani membesar bersama..Amani cuma muda 2 bulan dari Aman..Dari dalam kandungan lagi, kami berkongsi pengalaman mengandung bersama, melahirkan, sampailah share resepi2 untuk anak2 kami..seronok sangat masa tu..kadang2 tu benda yang kecik pun nak dikongsi..bukan apa, happy2 sebab kami dah rasa macam rapat..walaupun tak pernah jumpa..seperti aku, ibu Aman juga ada blog..rajin jugak aku menjenguk ke blog Little Parlour dulu..cantik setiap gambar yang dirakan ibu Aman..


Kehilangan Aman adalah sesuatu yang tak terucap..kehilangan yang jauh..tapi cukup dekat dengan aku..tiap kali aku tengok Amani, tiap kali tulah aku teringatkan Aman..ibu Aman pernah bergurau dulu "kot2 kita bleh berbesan" 

Dulu, tiap kali ibu Aman update progress Aman di IG, aku hanya baca & berdoa agar Aman kuat..tak tahu macam mana nak komen...aku rasa macam nak pegi jumpa Aman & ibunya..tapi aku pun faham privacy seseorang..manakan nak menjaga anak, manakan nak melayan orang yang datang..


2 hari sebelum ulangtahunku, Aman pergi..tahun2 yang mendatang, aku pasti ingat akan tarikh itu..

Sehingga post ini ditulis, sudah seminggu Aman pergi..aku ralik menjengah ke IG ibu Aman..sedehnya aku melihat tiap gambar yang dipost ibu Aman..setiap bait ayatnya berbaur kesedihan, kesakitan & kehilangan yang teramat sangat..Aman, anak yang ditunggu2, mungkin tak silap 3 tahun penantian..Aman bercambah didalam kandungan ibunya selama 9 bulan kini menjadi penghuni Syurga yang pasti di-Sana.


Kepergian Aman mengingatkan aku agar terus menghargai anak..terutamanya Amani yang sebaya dengan Aman..sampai bila pun Aman akan tetap berada dalam ingatan aku..

Sesungguhnya bila berhadapan dengan kematian, kita takkan dapat membendung perasaan..kita takkan dapat menduga apa yang berlaku..apatah lagi bila kita terpaksa meneruskan kehidupan tanpa seseorang yang selama ini tak pernah lekang walau seinci dari kita..perginya Aman bagaiman ahli keluarga aku sendiri..beratnya rasa menanggung rasa sedeh yang kurasa..apatahlagi ibunya sendiri..Ya Allah, berikanlah kekuatan!

Lady, mungkin kita tak pernah bersua..tapi Yatt juga terasa kehilangan Aman..kalau boleh Yatt ingin berkongsi setiap rasa yang Lady rasa..Yatt akan terus berdoa agar Allah berikan kekuatan kepada Lady untuk menempuh hari yang mendatang..


Ya Allah, aku yakin di saan ini pari2 Syurga-MuKau jagalah anak Syurga-Mu ini..
Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada ibu bapa anak Syurga-Mu ini

Arman Dani 
21 Oct 2011 - 16 May 2014
Al-Fatihah







Thursday, May 8, 2014

Update tentang Mak




Beberapa minggu lepas mak balik dari hospital, kami adik beradik buat doa selamat untuk mak, panggil ornag surau baca yassin..kitaorang buat 3 minggu berturut2..khamis malam jumaat..

Mak ngah, kakak mak, datang tiap2 minggu tido semalam kat rumah..tolong2 masak..aku pun kadang tido sampai 2-3 malam kat sana..tolong2 jaga mak..yelah aku je yang duk jauh sikit..kakak berdua tu sebelah menyebelah je..

Alhamdullilah lepas seminggu lebeh camtu mak dah tak pakai oksigen dah..mungkin environment rumah sendiri, walau dengan hiruk pikuk dengan jerit pekik cucu2 nye, tapi hati senang kat rumah, tak stress, senang lah nak bernafas..pun dah bleh senyum cam dulu..tak macam kat hospital dulu..asyik nak meracau2 & pandang2 atas je..cuma tido malam tak lena sangat la..yelah, lenguh badan agaknya asyik berbaring je..tapi nak buat camne..mak dah tak bleh bergerak dah..memang kene baring je..

Harapan aku lepas ni mak semakin pulih..walau tak boleh berjalan lagi pun tak mengapalah..asalkan boleh bercakap & bergerak macam dulu..

Amin