Monday, November 26, 2012

Amani & Sepupu

Masih lagi berkisarkan Amani & Qaseh..last week aku tido subang semalam..saje tengok2 mak..dapatlah Amani main ngan maklong & sepupu2 nya..nak nak si Qaseh tu..bagi Qaseh jangan takut lagi ngan Amani..hehe..bukan apa, lgpun sebaya kan..kan elok berkawan2..


Dalam banyak2 gambo dorang, ini je yang berjaya & terbaik..Amani terlebeh excited la puleekk..eh eh eh, Qaseh senyum leboorr la..nampak gigi lagi!


Hahaha..dua2 tak pandang kamera!




Sama tapi tak serupa kan! tapi dua2 ada patung kegemaran..Amani ngan Winnie dia..Qaseh ngan Jumbo biru dia..tapi yang hamat mencuka ye!


Amani yang tak dok diam..susah tol nak amik gambo dia sekarang..jenuh la buat bunyik macam2 nak tarik perhatian dia ;p


Ni si abang Izzam mengacau..bila orang nak amik gambo, pandai pulak dia sorok muka dia! tak mandi la konon tak nak orang amik gambo dia..cuba kalau dah hensem tu, memang saje2 la nak tayang muka! aarrhhggg nasib la..ni kira baik la tak nampak muka tau..!


Itu saje cite Amani & sepupu2 nye :)






Sunday, November 25, 2012

Jelingan dendam ke tu?


Ni kisah Nur Qaseh Aleessa yang kononnya sama tapi tak serupa ngan Amani..ntah kenapa dia memang tak suka aku..kalau tiap kali aku balik subang, dia nampak aku dengan Amani memang dia jeling semacam je..macam ada satu dendam je..haha..dengan Amani sekali dia tak suka..hehe sebenarnya daripada aku pregnant lagi dia tak suka, tu yang membawak ke Amani agaknya..haha..


Masa ni aku bawak mak dia g check up..pregnant adik dia ni lah! lepas ni adik dah kuar takde lah nak berdukung camtu lagi ye Qasehhh~haha tengok lettew sempat lagi dia menjeling tu! dia memang aim aku je!


Ni plak masa mak dia masuk bbilik doc..ha, tinggal la ngan maklong nye..aku saja je snap..ni sebenarnya dari jauh ni..datang dekat mahu melalak la satu klinik..terberanak pulak mak nye haha..adoiyai Qaseh Qaseh..apa yang dendam sangat ntah!


Lain cite nye si anak dara sorang ni..dia dok gelakkan bila Qaseh nangis..Amani Amani..perangai sapa yang awak ikut tewwww??




Friday, November 23, 2012

KETAKUTAN ISRAEL


                                         Israel - Yahudi Laknat! 

Kita memang sedia maklum Israel mempuanyai ketenteraan yang hebat..malah meraka adalah dalam senarai ke-10 di dunia..tak hairan lah selama 8 hari bertempur lebih 160 rakyat palestine telah terkorban..Innalillilahiwainnalilahhirajiunn..mereka syahid! semoga mereka semua aman disisi Allah s.wt..

Tapi pernah kah kita terfikir yang Israel juga mempunya ketakutan tersendiri..ya, mungkin Palestine tidak punya bala tentera yang hebat..tetapi degan hanya 2 sebab sahaja, boleh buatkan yahudi laknat itu gerun..apa 2 sebab itu ?


Masjid Al-Aqsa


Alhamdullilah, walaupun setelah dicerobohi

1.Jemaah Solat Subuh sama banyak dengan Solat Jumaat 

Dalam satu kejadian di Masjid Al-Hudud, di perbatasan Palestine..ketika rombongan Sheikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat Subuh, tiba-tiba seorang tentera Israel dari luar melihat ke arah dalam masjid setelah melihat sebentar lalu tentera Israel itu pergi..maka Sheikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera Israel itu dan bertanya:
"Apa yang kau lakukan tadi?"
"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat Subuh di masjid" kata tentera Israel itu.
Sheikh Maulana Tariq Jamil kehairanan bertanya: "kenapa?" 
Tentara Israel pun menjawab: 
"Di dalam kitab kami (kitab Taurat) ada tertulis "Jika di seluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat Subuh berjema'ah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumaat, maka saat itu Israel akan hancur" tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat Subuh berjemaah masih sedikit..maka, hati saya tenang, kerana ummat Islam pasti tidak akan dapat mengalahkan kami.."




2.Anak2 Palestine yang menghafal Al-Quran

Apa perasaan kita setiap kali melihat anak2 kecil ini syahid? Betapa luluhnya hati melihat tubuh kecil yang tak berdosa tu berlumurah darah di sana sini..(Ya Allah, tempatkanlah mereka di Syurga tertinggi-Mu) Kita sering terfikir, kenapa Israel sering menjadi anak2 ini sebagai sasaran mereka? Ada yang mengatakan itu memang tabiat puak Yahudi Israel yang kejam dan biadab sejak azali dan ada juga yang mengatakan mereka takut akan perkembangan kanak-kanak Palestine..alasan yang pertama memang tidak dapat disangkal, tapi alasan yang kedua lebeh masuk akal! mengapa? Itulah alasan mengapa Israel sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kelompok pejuang Hamas yang sudah tentu. Salah seorang pimpinan Hamas, Ismali Haniya mengatakan, anak2 Palestine yang sudah menghafal 30 juzuk Al-quran ini sesungguhnya menjadi sumber utama ketakutan puak Zionis Yahudi.

“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah boleh menguasai Al-quran, bayangkan 20 tahun lagi apa yang akan dikuasai oleh mereka?”demikian cara pemikiran yang berkembang pada fikiran masyarakat Yahudi..tak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-Quran..Keadaan Semenanjung Gaza yang dipagari dari segala arah oleh Yahudi Israel menjadikan mereka berterusan cenderung untuk berinteraksi dengan al-Quran.Tiada istilah bermain permainan PlayStation dalam kamus kehidupan mereka!

SubhanaAllah..! begitu hebatnya Islam di mata dunia! Allah hu akbar!

Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putra Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu.” Al-Maidah 78-79

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui” Al-Baqarah 146

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” Al-Baqarah 120

Semoga bumi Palestine dilindungi Allah s.w.t & mengecapi kemenangan yang hakiki..Amin Ya Rabbal Alaminn!



Thursday, November 22, 2012

Menu MCD mana yang anda mahu?

'Please choose from the above menu HOW TO KILL PALESTINIANS'

Sana sini sibuk orang bercakap 'jangan makan mcd' 'boikot barang israel' macam2 lagi la..senang je! tepuk dada, tanya lah selera..nak boikot, boikot lah..jangan hak membeli, hak masing2, duit masing2..yang taknak boikot tu, tegar, biarkanlah..tapi yang bermati-matian memboikot tu, kene lah faham betul..bila orang tanya 'kenapa ko nak boikot mcd' kang tercungap2 nak menjawab pulak..kena faham & tahu point2 kenapa ko nak boikot..jangan main ikut2 orang je!




Notis dari McDonalds Malaysia

Persoalan 'McD Malaysia tidak menyumbangpada Israel' benar kah? Cuba fikirkan betul2..Mcd M dah tentu membayar yuran franchisee kepada McD Corp US bukan? ada berapa ribu franchisee di Malaysia nan permai ini? itu baru Malaysia..seluruh dunia?? walaupun mreka hanya menyumbang 5% dari revenue, itupun sudah mencecah ratusan juta USD, bahkan mungkin bilion dolar!


Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boikot akan gagal dan McD Corporation US boleh meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel!

Jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negara masing-masing, maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kepada Israel. Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee sahaja jumlahnya mencecah ratusan juta dollar sehariberapa banyak jentera perang yang boleh dibeli oleh Israel dengan sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin??? aduhh, fikirkanlah!
Act & result is two different things..tidak segan kah kita?

Jangan kita hanya berfikir 'ala, bukan boleh bagi apa2 kesan pun kat Israel tu' Bersatu teguh, bercerai roboh! Pernah dengar kisah Nabi Ibrahim & burung pipit?

Kisahnya, Raja Namrud yang memerintah negara Babylon yang mempunyai tanah yang luas & subur..Raja Namrud memerintahkan rakyatnya mengukir patung-patung berhala..mereka menganggap patung-patung itu adalah Tuhan..Ketika itu, Nabi Ibrahim diutus untuk menyeru keluarganya dan kaumnya supaya meninggalkan penyembahan berhala..tetapi mereka tidak mengendahkannya..akhirnya, Nabi Ibrahim pergi ke istana Raja Namrud. .baginda mahu menemui Raja Namrud dan pembesar-pembesarnya dan meminta penyembahan berhala dihentikan.. Raja Namrud dan pengikutnya tidak mengendahkannya..


Pada setiap tahun, rakyat Babylon akan menyambut perayaan secara besar-besaran..pada hari tersebut mereka akan keluar menuju ke tempat perhimpunan..dan ketika itulah Nabi Ibrahim menjalankan rancangannya..selepas mereka keluar menyambut perayaan, Nabi Ibrahim masuk ke tempat penyembahan mereka..baginda memecahkan patung-patung berhala kecuali patung yang paling besar..kemudian baginda menggantungkan kapak tadi di leher patung yang paling besar itu.selepas itu pulanglah semua orang daripada menyambut perayaan..mereka pergi ke tempat berhala itu untuk menyembahnya..alangkah terkejutnya mereka apabila didapati semua tuhan-tuhan mereka telah hancur dan berselerakan di atas lantai..


Mereka mencari Nabi Ibrahim dan menangkapnya.. Raja Namrud mahu Nabi Ibrahim dibawa ke hadapan orang ramai supaya menjadi saksi atas perbuatan jenayahnya.. Raja Namrud memerintahkan Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup..Raja Namrud memerintahkan seluruh rakyatnya mengumpul kayu-kayu..setelah satu timbunan kayu api yang besar dilonggokkan, api pun dinyalakan..Nabi Ibrahim diikat dan diletakkan di atas pelontar lalu dicampakkan ke dalam api yang marak itu..


Ketika Nabi Ibrahim dibakar, burung-burung yang berterbangan juga menyaksikan peristiwa tersebut..ada seekor burung pipit yang berasa kasihan melihat baginda yang dibakar hidup-hidup itu..burung pipit itu mahu menolong Nabi Ibrahim..burung pipit itu terbang mencari air..ia menyedut dan menyimpan air tersebut di dalam paruhnya yang kecil itu..burung-burung lain kehairanan melihat perlakuan burung pipit..

"Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?" tanya burung-burung yang lain.

"Aku mahu membantu Nabi Ibrahim..aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim," jawab burung pipit.

"Macam mana kamu mahu padamkan api itu..kamu tidak mampu membawa air yang banyak..paruh yang kamu ada itu kecil..sia-sia saja usaha kamu itu," kata burung lain pula.


Walau bagaimanapun, burung pipit tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. .lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak..dengan izin Allah, api yang marak itu semakin berkurangan..itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim..walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati..sekurang-kurangnya ia dapat membantu Nabi Ibrahim.

Setelah kayu-kayu itu menjadi bara, maka orang ramai menghampiri unggun api yang telah menjadi bara. Burung pipit itu berasa gembira. Keyakinan burung pipit terhadap kekuasaan Allah semakin kuat dan terbang dengan penuh kesyukuran..orang ramai yang berada di situ berasa terkejut apabila melihat Nabi Ibrahim keluar daripada bara api itu seperti sediakala..badannya sedikitpun tidak melecur..

Sama2 lah kita mengambil ikhtibar dari kisah Nabi Ibrahim ini..



"Ajaklah & pujuklah keluarga & teman2, jangan menjamu selera di MCD lagi..MCD adalah rakan korporat Jewish United Funds & Jewish Federation. Melalui Israel Commison, Jewish United Funds bekerja untuk memastikan sokongan Amerika kepada Israel dari sudut ketenteraan, politik, media & ekonomi.

Ceritalah kepada anak2 kita kenapa kita tak boleh makan MCD" 

-Dr.Hafidzi Mohd Noor
Penerusi Aqsa Syarif

Tuesday, November 20, 2012

Avanza VS SagaBLM

Entry ini bukan mengaibkan sesiapa..tapi, atas dasar perikemanusiaan aku kene buat jugak..insiden ni berlaku tengahari tadi..


Ada 3 kereta..avanza di tengah2, BLM kat belakang nun..depan plak lexus baru..alkisahnya avanza ni nak kuar..tapi kete dia tersepit kat tengah2..so canneee??


Punya lah gigih ke belakang ke depan ke belakang ke depan..last2 dummmmm bergegar ko BLM tuh..aku ni dok skodeng dari dalam kete tau..haram dia tak perasan! yang peliknya bukan sekali, tapi 2 kali dilanggarnya..agaknya geram kot tak dapat kuar? ke dia nak tercirit sangat ke?? :p


Dengan takde persaannya dia kuar..dok hon hon memekak nya..tapi si empunya BLM tu tak jugak muncul2..aku tak pasti samada BLM ni staff atau orang dok singgah g bank bawah tu..tapi nyonya tu confirm bukan keje sime darby atau bank bawah tu ye! hehe huduh nawww pakai camtu kot g keje~lalala


Terjengah2..takde rasa bersalah lagaknya! berani ye ko nak tunggu..no plate BLM tu aku rasa dah terlondeh kot..huhu..tapi mungkin nasib nyonya ni baik..kete lexus depan tu pun kuar..so bleh la dia memecut larikan diri sebelum tuan punya BLM tu kuar & tengok kete dia dah jadi hapa ntah...

Kesian memang kesian..tapi aku tak rasa punca nya salah avanza ni...sebab dia kat tengah2..so antara dua la, lexus atau BLM tu je yang salah..salah sorang dari dorang yang parking rapat sangat pesal..?? tapi nyonya tu pandai..tahu takut plak nak langgor kete mahal depan nunnn kan?

Kalau la SagaBLM tu kot mencari2 sapa yang menghentam kete dia..kalau la dia tergoogle no plate kete dia, dia akan jumpa la blog yang tak seberapa ni..kuang kuang kuang

Kejadian: 20/11/2012
Waktu: <> 1.05pm 
Tempat: Sime Darby Property, Oasis Square, Ara Damansara

Proton Saga BLM DBL 9536
Avanza WML 327



Monday, November 19, 2012

Diana Danielle Pregnant - Tahniah!

Daddy & Mommy to be!

Pasangan cute Diana Danielle & Farid Kamil yang bernikah pada 3 Nov lepas, dah pun mendapat berita gembira..Alhamdullilah..


Comel kan status dorang kat Tweeter? Sudah cukup sudah ye..jangan berprasangka yang bukan2..doakan saje DD selamat hingga bersalin..semoga anak tu secantik & sehensem mak ayah nye..Amin..



Saturday, November 17, 2012

Acupunture - Alternative Medication

Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati..tapi bila benda dah jadi nak ubat pun tak boleh, so acanne tu? aku & adik beradik difahamkan doc2 kat UMMC tu mengatakan yang sakit saraf mak takde ubatnya..even ubat untuk melembutkan urat saraf pun takde..takde ke atau dorang belum jumpa ke ntah la..sebab masa mak Berkampung kat UMMC dulu memang tak putus2 doc pelatih, bergroup2 datang tanya itu ini! geram plak tengok mak jadi bahan uji kaji dorang!

Jadi, aku rasa lebeh baik fikir alternatif lain..sebelum ni mak ada begi berurut kampung, pastu mandi air panas..ada lah beberapa kali..masa g mandia ir panas tu ada yang rekomen g buat acupuncture..katanya dulu dia tak boleh jalan lepas accident motor..

Tung Shin Hospital-Jalan Pudu
Aku bawak mak g Sabtu lepas..g bertiga..mak & Izzam, anak buat sulong yg manja itteww..Amani dok ngan maklong! huuuu dah bertahun tak masuk KL..melilau jugak la..sampaikan trafic lite dah hijau pun tercegat lagi dek mata jakun tengok kiri kanan macam orang kampung baru datang bandar! akibatnya kene hon la! adoiyai!

Ni bilik menunggu..tu nama doc nye Hoo Pik Wui

Ni pulak bilik rawatan

Ni mesin untuk 'mengejutkan' saraf

Ini baru 4 kiri / 4 kanan ye..

Seriau?

Tu dia closed up..4 kanan & 4 kiri..mak kata kat jari2 ni masuk jarum rasa sakit..kalau kat lengan ke peha ke rasa semut gigit je..semua sekali 20 jarum yeee..sila rasa kesakitannya..iskskkk tak sakit la..masa nak cucuk jarum tu rasa cam semut gigit..cuma kat tangan tu je sakit sikit..mungkin kat situ isi kurang kan..sebab tu rasa kot..kalau kat lengan atau peha kat banyak isi..lagipun jarum tu halus macam rambut je..yang pangkal jarum ni je tebal..lepas dah masuk tu dia alirkan electic ke apa ntah..tapi fungsinya untuk bagi saraf tu hidupkan balik saraf2 yang tidur atau yang tak bergerak tu..

Bila doc tu letak wayar kat jarum tu, aku perasan kat jari tu memang jarum tu tak bergerak langsung..yang bergerak cuma kat kaki..so, aku rasa kat bahagian tangan tu memang saraf tu tak bergerak sangat..sebab tu mak tak bleh nak gerakkan sangat tangan..20 minit lamanya dicucuk baru selesai..mak kata sengal2 jugak la..tapi 1st time buat treatment ni takde la nampak apa2 kan..mungkin 3-4 kali nanti nampak la perubahan..

Tapi aku ada fikir jugak..sebab mak tak daya sangat nak jalan..kaki boleh melangkah..tapi pinggang keatas tu yang terasa berat..aku rasa saraf2 kan badan pun ada masalah jugak..sebab masa jatuh kat hotel dulu terhentak kat punggung..aku suspect kat tunjang tu atau mana2 saraf yang utama..eemmm, lagi mengkaji dah macam doc dah aku n..

Harapan aku sekurang2nya saraf tu dapat berfungsi balik pun dah Alhamdullilah..lama2 mesti mak dah boleh jalan sendiri :)

InsyaAllah




Friday, November 16, 2012

Sama tapi tak serupa

Ramai yang kata muka Qaseh ngan Amani hampir sama..memang seakan-akan..tapi tak serupa pun..mungkin air muka dorang tu kot yang sama..eh, air muka ke air wajah ek?? ha tapi gitu la maksudnya..mata dua2 bulat..cuma mata Qaseh nampak redup layu sikit..Amani cam galak sikit..warna kulit hampir sama..rambut plak, memang tak sama..Qaseh lurus betul, Amani plak qurl2 sikit giteww..

Nur Amanda Amani 11 bulan

Nur Qaseh Alessa 1 tahun 9 bulan

Tapi yang pasti perwatakan memang lain sangat2..memang Amani kecik lagi nak tengok perangai dia camne kan..tapi trust me..memang dari kecik dah nampak nye puunnn..walaupun Amani beza 10 bulan ngan Qaseh..tapi perangai mengalahkan budak umur setahun..pot pet pot pet..


Ha tengok tu..beza 10 bulan, tapi cam nak sama besar kan? selalu tu Qaseh taknak duk dekat ngan Amani..sebab Amani suka nyakat Qaseh..bukan nyakat apa pun..dia cam nak cakap2 ngan Qaseh, nak pegang2 Qaseh, tapi Qaseh tak mau kawan..dia nak berkepit ngan mak dia je! padahal mak dia tengah boyot sorang lagi tu..heh, nak kuar nanti takde makne nak dukung kau Qaseh oiiii..hehe..ni lah satu2 gambar yang Qaseh senyum..tu pun umpan ngan biskut! yang sebelah tu jangan cakap la kan..tak payah suruh senyum dia dah tersengih tak semena-mena..

Itu je cite pasal sepupu dua orang ni..

Bye2!




Wednesday, November 14, 2012

Selamat menyambut Awal Muharram


Rendah nya diri ini di dunia
Tiada harta, tiada rupa..tiada segalanya
Rendah lagi kurasakan
Tika 5 waktu mengadap Mu
Ku rasakan cukup Iman di dada
Tapi mengapa mudah terpedaya 
Mata tak kujaga dari perkara yang berdosa
Telinga mendengar apa yang tak sepatutnya
Lidah pula kotor dengan umpat dusta
Kusangkakan dunia ini cukup indah
Tapi ku lupa indah lagi Syurga-Mu disana
Betapa lekanya aku di hayat yang sementara ini
Solat sering ditunda
Al-Quran jarang sekali ku baca
Ya Allah..bantulah aku
Sucikanlah niatku
Bersihkanlah hatiku
Tuluskanlah nawaituku
Untuk terus ke jalan Mu
Jauhkanlah aku dari hasad dengki manusia
Anugerahkanlah aku kesabaran dalam mentaati suruhan Mu
Kurniakanlah aku kecekalan untuk meninggalkan tegahan Mu
Agar aku dapat memiliki hati yang bersih & tenang
Untuk aku tetap dengan pegangan fatwa Mu
Dan terus berada dilandasan Mu
Amin...


Salam Maal Hijrah untuk semua..
Semoga di tahun baru Islam ini menjanjikan yang lebih baik!

*Salam Maal Hijrah*





Amani & Rambutan!

Kelakar Amani ni..alkisah rambutan ni hari isnin lepas..nekwannya bagi pegang rambutan..katanya Amani geli2 taknak pegang..aku pun test la sekali lagi..sebab biasanya kalau satu2 benda tu dia takut atau tak suka, tapi bila aku pegang, dia seolah2 tahu benda tu 'selamat' untuk dipegang :) ~ bangga seketika :P


Cam geli2 je..pegang pun nak tak nak jeww..

Dah ok cikit..tapi muka masih pelik..


Ini reaksi gatai dari Amani..dah tak geli2 dah..siap bleh buat bola2 main baling2 pulak! makanan tu sayang oi!


Keesokkan harinya papa dia bawak g petik rambutan depan rumah..ya! depan rumah kitaorang ada pokok rambutan nan lebat berbuah kuning itteww..rumah kampung je dik nun :) chewahhh Amani dah tak takut dah..tak geli2 dah..pastu balik terus tido..apa jadi masa tido??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kuikui tido ngan rambutan! obses!


Biasalah mula2 tido nak katil besar..dah tido kene angkat g katil sendiri nun sebelah teww..seriau kot melasak ke bawah pulak kang!! letak2 je terus hok hek hok hek sebab tengok rambutan takde kat tangan dia..bagi je rambutan terus sonyap!


Ni lepas dah alihkan kat katil dia..lagi kuat digenggam! Amani Amani...macam2!







Monday, November 12, 2012

Berkampung di UMMC

Susah betul dah bikin cite dari hp nih..masih lagi menggodek2 camne nak post from my hp..bila dah pandai nanti siap lah mahu 2-3 post sehari~lala~cakap besar!

Selasa lepas mak g check up...walaupun takde makan apa2 ubat, doc suh datang check up kate nya..ikutkan jelah..Ita ngan husbandnye yang bawak..tup2 dia call aku katanya mak kene tahan..sebab doc cakap compared to masa Mak addmitted UMSC dulu dengan sekarang, doc cakap cepat sangat saraf tu mengecut & takde perubahan..adoi doc sayang, takde ubat, manakan nak ada perubahan??

Jadinya kami adik beradik bergilir jaga mak..kali ni kat UMMC nun sebelah UMSC je..tapi still under doc yang sama..selama 4 malam 4 hari kat sana, memang cukup menguji kesabaran aku..walaupun bukan setiap  malam aku kat sana, 1 malam pun dah cukup aku nak menggambarkan segalanya..nurse ntah berapa belas kali datang check blood presure..pastu ada sorang doc (tak pasti doc betul ke atau pelatih ke) datang amik darah..selain tu hanyalah lawatan sambil belajar hokay?!


Tu doc yg amik darah..dia baik & peramah sangat..mix blood chinese+malay..mati2 ingatkan cina..tengok tag dia, F namanye..Ok..apa yang aku maksudnya lawatan sambil belajar? ha ni memang buat orang rasa nak marah je..orang yang tak sakit cam aku pun rasa sakit je hati..apatah lagi orang yang sakit? memang rasa nak bahasa2 kan je budak2 tu semua..dia ingat mak aku ni bahan uji kaji ke hapa? ha? nak buat kajian bagai? trial & error?


Gambar di atas ^ Nampak tak lelaki nun di hujung tengah menongkat dagu tuh?? itu doc yang jaga mak aku..profesor dr G nama nye..tak leh reveal nama betul..bahaya! hehe..tu dia tengah tunggu student dia (berbaju kurung, bertudung tu) diagnose apa sakit mak aku..macam mana aku tahu dia memang tengah test student dia?? hatu tu lelaki dua orang tu dok tengah set timer lagi ok! nak tengok berapa lama perempuan tu bleh dignose mak aku..huh!! Prof dr G tu siap cakap lagi "Kakak tolong orang, nanti Tuhan akan balas" apa nak di kata lagik???

Ni adalah group yang kedua..yang baju hitam ni doc S..dia doc kat wad mak aku..dia tolong2 doc prof G la kiranya..tapi tak banyak membantu..tu dia yang bawak gerombongan doc2 lain untuk buar research! ada sekali tu dia cakap ngan aku, nanti dia bagi ubat untuk melambatkan proses pegecutan saraf2 mak..punya aku terkejut..aku jawab "owh, ada ubat ke, dulu kata takde" pang pung pang pung..dia ubah topic! tapi sampai ke sudah takde pun sebijik ubat hokay! 



Yang ini lagi..tengok la..ada yang dok merekod dalam laptop, ada yang cam ala2 bagi treatment kemende..huh..penat mak akau tau! orang dah sakit tambah sakit lagi..aku?? selamba je snap gamba..dorang perasan je! nak marah? sukahati aku la, mak aku! 

Ha yang itu yang aku dapat snap la..ada yang kebetulan aku g turun bawah beli makanan, bila aku naik wad balik mak aku cakap ada group lain plak datang..hoho..ada lah dalam 2x aku turun dorang kebetulan 'melawat kawasan'



Ni pula bukan group research, tapi ni doc L nama nye..lembut, sopan santun & ramah tamah..pandai dia menyusun atur ayat bercakap..tak pelat sangat..asyik tergelak je mak aku..ha tu yang demukss tersengih tu ialah Ita..dia ialah 'manager' mak aku..dilantik oleh doc L nilah..katanya kalau ada apa2 call hp dia terus & kalau bleh consult over the phone je, kalau perlu baru datang jumpa dia & tak payah queue bagai..bagus jugak..kata doc L, ni suggestion by prof doc G tu..untuk bantu mana yang mampu katanya..oklah jugak dari takde apa..sebab dorang pun yang cakap takde ubat..sebab saraf2 ni memang sangat complicated..sebab tu belum ada ubat & masih lagi trial & error..ha, tu lah yang yang group2 budak2 tu dok datang interview bagai..! 


Tu tempat tido..aku tido kat kerusi malas..sendiri punya ye..takde makna spital sedia..sepanjang kat wad tu memang mak takde buat apa selain dari amik blood presure berbelas kali tu, makan, g toilet & tido je..


Sampai mak kata boring la..ha tu yang bawak g jenjalan..ha wheel chair itew pun sendiri punya..ada nurse sampai nak hamik plak..hamboi2


Boleh dikatakan sepanjang kat sana aku tak makan nasi pun..rasa yang ni paling best..ni crispy nye..ada masa aku beli yang paratha..air plak 3 layer ice tea yang tak berapa nak layer sebab aku dah kacau..wafer tu pun sedap!


Tak ingat hari ke berapa makngah & cousin aku-May datang..mommy to be kotsss..tu anak adik dia-Yoyo :P


Ntah agaknya terdengar sok sek sok sek aku pasal mak takde buat apa..alih2 dok tolong student2 tu nak jadi doc! ceh! nak nolong orang sendiri ntah sapa nak tolong! 3rd day tu ada nurse bawak g fisio..takde apa sebenarnya..cuma nak mak gerak2kan sendi2 jari tu..masukkan dalam lubang & giling2 cili :P

Ni pula cari guli tersembunyi dalam plasticine..pastu cubit2 plasticine buat bulat2 cam ondeh2 :P Sonok mak main2 ye :)


Ni encem boy-Izzam..awal2 kul 6am dah datang jaga nenek dia sementara tunggu mak dia balik keje kul 4pm..tapi kul 10 mak dia datang jenguk, pastu bawak nasi goreng lagi dari PJ Hilton, ha pastu aku plak datang kul 1thgr bawak g makan kat bawah nun..boleh la diharap..tapi main hp je keje nye! geram tol aku!

Ingatkan betul la mak kene admitted seminggu lebeh..alih2 jumaat tu dah bleh kuar dah..Alhamdullilah..lepas ni bleh la ikhtiar cara lain..kadang tu kita kene usaha cara lain gak..biarlah orang nak cakap kuno ke apa ke..yang penting kita usaha InsyaAllah Allah akan permudahkan..

Nak tengok muka mak terseyum dapat kuar petang jumaat tuhhhh??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ceria betol kan?? siapa yang suka duk spital lama2 kan?? tewww tuan tanah interframe sikit :)

Semoga mak lebeh kuat & cepat sembuh cam dulu2..
Lepas tu bleh bawak kete laju2 lagik :P

Oklah sampai sini je..penat dok upload ngan server yang slow bangat ni..

Bye2