Thursday, June 19, 2014

Nama anak2 saya



Macam mana saya mendapat nama anak2 saya?

Mestilah google. Tak kuasa nak beli2 buku bagai.

Nama, mesti ada maksud. Bukan boleh sembarangan letak nama.


Nur Amanda Amani

Nur : Cahaya
Amanda : Di sayangi
Amani : Cita-cita / Ketenangan / Kesejahteraan

Muhammad Khaleef Fayyadh

Muhammad : Nama Nabi kita :)
Khaleef : Khalifah
Fayyadh : Murah hati

Tapi, ada juga yang ingat nama Fayyadh ni adalah Faiiyatt (nama blog ni) gabungan nama saya & suami, padahal takde kene mengena pun dengan nama gabungan macam nama blog ni..cuma bila di spell kan baru lah dorang tahu lain spelling & maksudnya..

Saya percaya bila kita berikan maksud nama yang baik kepada anak kita InsyaAllah akan yang baik2 lah jadinya nanti..

Owh ya, anak2 saya sihat2 saja, Alhamdullilah..kakak dah 2 tahun setengah & adik 5 bulan setengah..


Adik masih menyusu badan & terlebeh2 manja sangat2..pantang nampak mama lalu je dia tetiba merengek2, padahal sebelum tu elok je main2 sendiri..hihi


Kakak pula menjadi2 petahnya, asyik nak bercakap je..ntah ikut sapa ntah hehe..kalau amik gambar mesti nak muncung, senyum meleret2..pastu bercekak pinggang macam model..ngeh ngeh ngeh

Semoga anak2 mama sihat2 selalu & jadi anak yang bijak pandai & soleh solehah :)





Monday, June 16, 2014

Kerja dengan IKHLAS





Jari jemari menaip sambil menunggu suami datang menjemputku :)

Pada aku, untuk usia dan keadaan aku tengah membina keluarga, aku lebeh sukakan kerja yang rilex..kerja yang tidak membebankan aku..tidak membebankan tu maksudnya kerja yang aku tak perlu ke rumah dari segi berfikir atau menyambung bila balik rumah..balik kerja, sampai rumah, full stop! esok, sampai ofis baru sambung!

Mungkin bagi sesetengah orang, semakin berusia, semakin inginkan status & kenaikan pangkat..emm, terpulang pada individu..aku tak pandang langsung..apa ada pada pangkat, status? cukuplah gaji untuk keluarga, bantu itu ini, sudah cukup Alhamdullilah..

Tak perlu untuk berkerja keras untuk impress sesiapa, atau untuk hebat dimata sesiapa..untuk apa? untuk naik pangkat? untuk nampak hebat? untuk nampak lain dari yang lain? oh, sorry, itu sangat bukan aku..dibayar gaji untuk buat kerja yang sepatutnya, bukan untuk melobi sesiapa..aku sangat pentingkan ikhlasnya keje & berkatnya hasil yang kita perolehi tiap2 bulan..

Satu lagi, aku sangat percaya pada 'work smart' bukan 'work hard' yeah sangat betul..dulu masa aku kerja dengan AirAsia (bukan main transparent bercerita, takpe tak kutuk pun) aku keje shift, orang kul 4 tengah tido, aku dah terpasal kat airport..pastu off day weekdays je, nasib2 baik dapat la weekends on rotation..(ok, itu je pasal AirAsia hehe) ok, pastu aku kerja kat Naza, (wah terang terangan nak cite yang tak best nihhhhh haha) aku selalu work hard and at last aku yang penat..teruknya aku kat sana dulu sampaikan bukan saja aku balik 9-10 malam, tapi aku jugak menyambung kerja kat rumah..hadoi, sangat tak smart aku dulu..tapi masa tu pun aku single lagi & takde boypren pongg..(tapi akhirnya bertemu jodoh dengan orang naza gak, sweet kan kuikuikui) tapi kerja sana boss pandai amik hati, belanja itu ini, terubat hati..

Kini, aku dah pun belajar dari kesilapan masa lalu..keluarga sangat penting daripada kerja..arrghh terpaksa cerita lagi..dulu aku sampai pagi raya pun kat tempat kerja, waaa nagessss! pastu, masa berkualiti bersama keluarga kene ada..itu yang aku kene buat sekarang..aku ada suami & anak2, aku takde masa nak berkerja berhempas pulas, demi untuk memenuhi tuntutan luar dari bidang kerja aku yang sepatutnya..bukan berkira, tapi aku tak pandai nak mengambil hati orang dengan berkerja keras, demi untuk mendapat sesuatu yang 'lain' .......

Aku nak kerja dengan ikhlas, supaya keberkatan itu dapat..kalau berkat pendapatan kita, InsyaAllah cukup untuk kita..kalau setiap bulan kita mengeluh itu tak cukup, ini tak cukup, itu lah tanda2 tak berkat...jadi, amat penting kita untuk berkerja dengan ikhlas hati..itu yang aku buat sekarang..aku tak kisah kalau orang cakap aku terlalu selesa dengan apa yang aku buat sekarang ni..asalkan aku tak perlu menjadi orang lain yang bukan aku..untuk memuaskan hati pihak lain, atau untuk mendapatkan reward lain..cukup, cukup untuk aku buat apa yang sepatutnya..

Kerja dengan IKHLAS.

Jangan merungut yang tak cukup2.

InsyaAllah, Berkat.







 


Wednesday, May 28, 2014

Domperidone vs Metolon




Macam tak percaya dah stripe ke 10 baru aku perasan yang selama ini aku makan pil yang expired!


Expiry: 10/01/2014

Tapi ini adalah stripe ke 10..bermaksud aku dah makan 96 biji! Memang aku tak perasan pun! Alih2 yang hujung2 baru perasan..aku pegi balik ke klinik yang aku beli..nasib baik pegi beli kat klinik, kalau beli kat pharmacy apa bukti yang aku ada? at least klinik ni aku still ada plastik klinik tu,,hadoi, jawapan dia bagi sangat best: 

"ubat ni memang bleh makan lagi, 6 bulan lepas expired"
"siapa yang kata bleh makan? cakap2 semua orang boleh cakap"
"doktor cakap, kalau nak saya boleh panggilkan doktor"

So arrogant..menjawab ko kan..aku dari tak hangin tadi, tanya pun dengan selemah gemalai pun..saja je ko nak bakar aku kan..

"doktor pun cakap jugak, sama je..sapa pun yang cakap kalau takde bertulis semua setakat cakap2 je, saya based pun apa yang tertulis kat ubat tu"

Pause ~~ tahu pun ko diam kejap kan..

"takpe lah, kalau macam tu kitaorang pulangkan balik duit kan"

Sambil dia keluarkan duit tu aku pun malas nak gadoh lagi dah..duit tu memang aku amik jugak tapi aku tak amik camtu je..

"bukan masalah duit ni kak, ni masalah benda yang kita makan..kalau ok kat bacan saya takpe, kalau kene kat badan orang lain yang tak tahan, teruk nanti..atau kat budak2 ke..saya makan ubat ni pun untuk anak saya, kalau apa2 kat anak saya ke?"

"insyaAllah lah takde apa2..selalu memang boleh makan dalam masa 6 bulan, takde apa"

Again, menjawab ko lagi..enough. aku malas nak berbahas dengan orang yang gigih nak tegakkan benang basah..

"ok la takpe la, nak buat camne kak, saya mintak maaf la ye, terima kasih"

Ha, hebat kan..its not about money kak..its about courtesy.i dont aspect you to return the money pun..customer terima kasih kat ko, ko sikit pun tak say sorry?..terima kasih la sebab bagi saya makan ubat dah expired & i will pray nothing will happen to me & my baby kan! sakit hati je!

The next day, aku call Kementerian Kesihatan..siap bagi nama & no telefon klinik tu..tujuan aku sumpah satu je, taknak nanti terjadi kat orang lain yang mungkin teruk kesannya pada dorang..mungkin kat aku takde apa jadi, tapi kat orang lain kita tak tahu..badan orang kan semua lain2 tahap antibodi..nak2 kalau ubat budak2, yang liquid2 tu, dari liter2 di cedok ke bekas kecik2 kan..lagi la cepat expirednye! Kementerian pun cakap tak boleh makan lepas expired, nak2 kalau yang loose pack..

Sorry lah Klinik Foziah, to be specific, doc Foziah, i have nothing against you..saya bukan nak tutup periuk nasi ke apa..niat saya cuma satu je, taknak nanti ada orang lain yang terkene & saman awak ke apa..ha, masa tu lagi teruk awak..sorry doc!

Lepas kes tu, aku dah tak makan Domperidone lagi, aku cari yang lain.


Metolon. Expiry:April 2016 haha

Ni pun sama gak, function untuk milk booster..yang  ni aku beli kat pharmacy je..ada 100 bijik..cukup la untuk sebulan..happy sangat bila effect nye hebat! bukan aku tak cuba cara yang lebeh natural..macam dried longan, barli, lobak putih, jantung pisang, tapi cam tak berapa menjadi & plus, makanan2 tu takkan nak masak hari2..kalau ada jual kat mana2 & aku nampak, aku beli la, tapi kalau takde macam mana? 

Masalah kurang susu ni terjadi start aku kene diarrhea hari tu..dekat seminggu dehidrated!! masa tu lah aku start bagi Fayyadh susu formula..kesian dia mula2 minum tu sampai selsema & batuk dia..manja sungguh! tapi sekarang ni sementara nak bagi stock susu ok balik, aku cuma bekalkan susu formula hujung2 je..maksudnya kalau EBM dah habis baru wan dia bancuh formula..sehari dalam sekali-dua je dia minum formula..

Ok la tu kan?

Tapi dah takde title fully BF la ek?

Haha 

Ok lah tu..5 bulan kot baru campur susu formula..

Amani dulu lagi lagi la 2 bulan dah campur susu formula..

Bersyukur lah.

Alhamdullilah!