Friday, March 6, 2015

Jaga mulut tuuuuuuu





Satu hari aku ke mall..ala biasalah bawak anak2 jalan2..singgah McD..biasanya aku chop tempat dulu la ngan sorang anak, suami g beli ngan anak sorang lagi..tetiba ada seseorang datang dari meja ke meja..dari jauh memang dah nampak..rasanya dia nak jual something..rata2 dari depan tu semua taknak beli la..lalu, berlalu la dia dari meja ke meja lain..

Dari cara dia aku tahu dia bisu & pekak..sampai lah turn dia ke meja aku..aku tengok benda yang dia jual tu aku tak perlu pun, jadi aku tolak la dengan gerak geri tangan mengatakan yang aku taknak & terima kasih, dengan harapan dia faham..alhamdullilah, dia faham..lalu dia ke sebelah meja aku..2 orang perempuan, dengan kasar & sombong, ''takde2, taknak2'' Aduihaiii, kau bising2 bukannya dia boleh dengar pun..apa salahnya elok2 cakap taknak, tak rugi pun kan..


Yang paling mengejutkan & memeranjatkan aku...salah seorang tu tengah mengandung!! agak2 dalan 8 bulan rasanya..pilunya rasa..tak takut ke..tak bersalah ke buat camtu..awak tu tengah mengandung..tak cukup cakap kasar2, lepas si bisu/pekak tu pegi, dia siap bercakap2 lagi dengan kawan dia ''ishh ntah betul ke tak, kita bukan tahu dia tipu ke apa''

Mengucap aku dalam hati dengar..beraninye dia cakap macam tu, mengandunggg kotttt..jaga la sikit mulu tuuuu..tak kira lah pasal perbuatan ke, percakapan ke, apa2 la..semua kene jaga..jangan la buat yang pelik2..berkasar2 macam tu, dengan orang yang kurang upaya macam tu pulak..adoi, ikut hati nak je tegur..tapi emmmm biar lah........


Friday, January 23, 2015

Salam 2015



Assalammualaikum...Salam jumaat!

Dah sebulan tahun baru berlalu..hujung2 tahun biasa nye memang aku busy sikit..biasa la, anak2 dua2 lahir dec..sendiri plan nak dec kan hahah

Tahun lepas (2013) hujung tahun memboyot & ada baby kecik..so, masa tu tak celebrate pun birthday Amani..tahun ni (2014), yang baby tu dah jadi toddler, so bleh la buat birthday dorang sekali..jimat kan?


Alas meja tu sebenarnya hiasan buaian masa Aqiqah masa Fayyadh baru lahir dulu..sebab tu tak centre renda tu..hehe, belasah jelah..lain2 tu mama buat sendiri je..curi2 masa print kat office haha


Kek tu request by si kakak la..adik mana tahu nak cakap2 tema2 apa lagi..tahun depan siap la bergaduh, sorang nak itu, sorang nak ini..


Amani - 5 Dec - 3 tahun


Fayyadh - 27 Dec - 1 tahun


Sebenarnya, hari tu buat sekali Aqiqah Fayyadh..seekor masa dia baru lahir dulu, masa tu Wan dia sponsor..seekor lagi ni, Nenek dia plak sedekah..terima kasih ibu..terima kasih mak, walaupun tak sihat, tapi mak nak jugak tunaikan hajat dia..


Gigih mak nak oi nak dukung dua2..tapi hampeh sorang pun taknak pandang..semua gambo camni haha..tahun depan takde ek nak dukung2, dua2 kene duduk sebelah2 je amik gambo..eh, ntah2, ada 3 dah errkkkkk

Sebenarnya sebelum majlis birthday ni (20/12/2014) aku ada jugak beli kek sorang satu pada hari birthday dorang..


Amani-5 Dec, kek frozen jugak..


Fayyadh-27 Dec, Fayyadh

Sebab dia tak pandai nak request2 lagi, kita beli je ikut selera mak dia hehe

So, agak2 jimat ke celebrate birthday sama2? haha..jimat la tu kan..

Semoga anak2 mama jadi anak yang soleh solehah & bijak pandai.

Amin.