Google sana sini pasal sakit mak, selain Multiple Sclerosis, aku terjumpa article ni, berkenaan dengan sistem saraf manusia..baru ku tahu betapa pentingnya sistem saraf ni....
Manusia sebagaimana yang tercatat dalam al-Quran adalah
makhluk tuhan yang paling mulia dan paling elok kejadiannya.Keelokan dan
kesempurnaan manusia tidak terbatas pada bentuk fizikal,tetapi dari segi
kejiwaan,seperti tersebut dalam al-Quran,surah al-Infitar ayat 7 dan 8.
Jasad manusia adalah terdiri daripada sel-sel, otot (muscle), tulang(anatomy), saraf(nerve), darah(blood)
dll.Jasad manusia pula diibaratkan sebagai sebuah jentera automatik yang
sentiasa bertugas siang dan malam tanpa mengira waktu secara berterusan sehinga
ke akhir hayat. Sistem saraf untuk kesejahteraan badan manusia.Tugas utama
saraf ialah menyelaraskan kerja-kerja dalam badan,seperti pengaliran darah,
pernafasan dan sebagainya.Segala tugas ini dikawal oleh sistem saraf agar dapat
berfungsi dengan sempurna.Organisasi badan manusia terdiri daripada beribu-ribu
urat saraf samada yang kecil mahupun yang besar.Organisasi saraf manusia dapat
dibahagikan kepada 2 bahagian,iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf
pinggir.Sistem saraf ini pula terdiri daripada 2 jenis sel iaitu sel biasa yang
berfungsi untuk pertumbuhan tubuh manusia dan sel saraf atau neuron yang
berfungsi untuk menyampaikan mesej dari lain-lain bahagian badan manusia ke
otak.Dalam kajian ini,tumpuan perbincangan hanya kepada hubungan sel saraf
kepada manusia.
Sel saraf terdiri daripada berjuta-juta sel yang
menghubungkan otak dengan lain-lain bahagian badan.Setiap badan sel terdiri
daripada 3 bahagian,iaitu badan sel yang berisi dengan sitoplasma,akson satu
tunjalan terpanjang dan dendrit yang merupakan tunjalan-tunjalan pendek.
Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf
tunjang,yang bertugas sebagai pengawal dan penyelaras segala aktiviti
badan.Sementara sistem saraf pinggir pula bertugas sebagai sistem yang
menghubungkan sistem saraf pusat dengan penerima dan penjejas atau dikenali
juga sebagai saraf yang mrnghubungkan organ-organ deria,kelenjar dan otot
dengan sistem saraf pusat.Misalnya penerima organ-organ deria sentiasa memberi
maklumat dari otak mengenai keadaan yang berlaku di dalam dan di luar
badan.Organ-organ deria ini peka terhadap rasa sakit,sentuhan,bunyi,suhu dan
cahaya.Sementara penjejas pula termasuklah semua struktur yang bergerak balas
terhadap maklumat yang diterima dari sistem saraf,seperti otot dan kelenjar.
Otot dan saraf mempunyai kaitan rapat dari segi susunan dan
fungsinya.Setiap pergerakan yang dilakukan oleh tubuh organisma menggunakan
otot dan saraf.Tindakan antara otot dan saraf adalah saling berkaitan antara
satu sama lain,tidak dapat dipisahkan.Bahagian-bahagian otot utama ialah urat
belikat(the dorsal muscle),urat amris(otot pada leher),otot jantung
betis(anjing-anjing), jantung paha dan jantung atau buah lengan(otot besar di
bahagian depan lengan dari siku ke pergelangan tangan).
Terdapat 3 jenis otot iaitu otot rangka,otot
licin(polos),dan otot kardiak.Hampir semua otot rangka yang juga dikenali
sebagai otot berjalur terlekat pada tulang-tulang rangka melalui jalur yang
berupa tali yang disebut tendon.Tendon ialah urat yang menghubungkan sendi ke
tulang seperti urat keting,urat pengandar dan urat pengetul iaitu urat di
belakang lutut.
Dalam otot rangka terdapat otot fleksor dan otot
ekstensor.Otot-otot ini terdapat pada setiap sendi tubuh,seperti otot pada
sendi lutut,tumit dan di setiap sendi jari kaki dan tangan.Kedua-dua jenis otot
ini bekerja secara berlawanan antara satu sama lain.Setiap otot boleh
menyebabkan organ membengkok dan satu organ lagi melurus.Otot-otot yang
membengkokkan sendi siku disebut fleksor,sementara otot yang meluruskan sendi
siku disebut ekstensor.Otot-otot ini akan terus berperanan,kecuali sekiranya
berlaku gangguan pada sistem saraf dan otot akibat kecederaan atau penyakit.
Otot licin,yang juga dikenali sebagai otot polos ialah otot
yang melapisi sebahagian besar daripada internal tubuh,seperti usus,pundi
kencing dan rahim.Otot licin ini juga melapisi salur darah.Otot licin adalah
otot luar kawal,kerana ia bergerak tanpa kawalan otak.Otot kordiak pula ialah
otot jantung yang juga merupakan otot luar kawal.Walau bagaimanapun otot licin
berbeza dengan otot kordiak,kerana ia akan bergerak meskipun tanpa ransangan
daripada saraf.Dalam kebanyakan pergerakan badan,saraf akan menghantar utusan(impuls)
di sepanjang sistem saraf.Otot yang menerima impuls saraf dari otak akan
dirangsangkan untuk bergerak.
Saraf memainkan peranan penting untuk mengalirkan impuls
dari satu neuron ke satu neuron yang lain,di samping berperanan menyempurnakan
aktiviti badan.Saraf juga menyatukan berbagai maklumat yang sampai kepadanya
dan mengakibatkan gerakbalas untuk kebaikan organisma.Penyatuan ini berlaku di
kesemua peringkat dalam sistem saraf.Dalam bentuk yang paling ringkas,saraf ini
terdapat dalam batang spina yang kebetulannya merupakan pusat bagi beberapa
tindakan refleks.
Pada manusia,sentakan lutut adalah contoh tindakan
refleks.Kadang-kadang doktor melakukan sentakan lutut untuk menentukan samada
seseorang itu normal atau tidak.Doktor akan mengetuk lutut seseorang ketika
duduk dengan kaki terlepas bebas.Keadaan ini boleh merenggangkan otot.Suatu
isyarat disampaikan di sepanjang saraf deria ke saraf tunjang.Neuron-neuron
lain akan menyampaikan isyarat itu kepada neuron-neuron motor,sehinggalah
sampai ke otot yang sama.Kemudian sel saraf motor di saraf-saraf tunjang dirangsangkan, menyebabkan otot kaki mengecut,sehinggalah lutut tersentak.
Tubuh manusia terdiri daripada sel-sel yang bergabung
bersama untuk membentuk tisu-tisu badan.Setiap jenis tisu mempunyai fungsi-fungsinya
yang tersendiri.Saraf kranium terbahagi kepada 12 pasang saraf,yang bermula di
otak dan menular ke bahagian lain di tubuh.Antaranya ialah menghala ke organ
bau di hidung dan sebagainya.Sementara saraf spinal pula terbahagi kepada 31
pasang,yang berasal dari saraf tunjang di bahagian belikat.
Kebanyakan aktiviti badan berpusat di otak.Dari otak,impuls
bergerak ke bahagian bawah mengikut saraf tunjang dan di sepanjang saraf ke
tisu-tisu badan, menyebabkan tindakbalas akan berlaku.Otot akan bergerak apabila
dirangsangkan oleh saraf yang membawa utusan dari otak, hasil daripada keputusan
secara sedar.Walaubagaimanapun,tidak semua otot bergerak di bawah kawalan
otak.Tisu jantung misalnya bergerak,tanpa kawalan otak kerana tisu ini
mengandungi otot luar kawal.Begitu juga dengan otot yang melapisi dinding perut
dan usus yang sentiasa bergerak menolak makanan di sepanjang salurannya,ketika
makanan dicernakan.Kedua-dua gerakbalas tadi berlaku secara luar kawal saraf.
Dalam huraian yang bterdahulu,jelas menunjukkan betapa
pentingnya saraf dalam menggerakkan semua bahagian badan.Oleh itu,sekiranya
perjalanan fungsi saraf kurang lancar,badan akan menjadi dingin,menyebabkan
daya ketahanan tubuh menjadi lemah dan tidak bertenaga.Akibatnya badan akan
mudah menerima gangguan penyakit.Terjadi demikian kerana kesihatan tubuh
seseorang bergantung kepada keadaan perjalananan saraf,yang berfungsi
sebagai alat komunikasi.
Penyakit tidak hanya berpunca daripada kuman,seperti
bakteria dan virus,kekurangan zat makanan,kelebihan zat makanan,keracunan
makanan (food poisoning) atau akibat sampingan ubat yang dimakan,tetapi
disebabkan oleh gangguan saraf (Terjodiprono).Dalam banyak kes,penyakit
gangguan saraf selalunya berbeza dengan penyakit gangguan psikologi,meskipun
kedua-dua penyakit ini berpunca daripada gangguan saraf.Penyakit gangguan saraf
biasa seperti tersalah urat,lemah alat kelamin (impotency),kelumpuhan
dan sebagainya,memerlukan rawatan pakar urat saraf (neurologi).Sementara
pesakit saraf otak yang membawa seseorang hilang ingatan atau gila,memerlukan
rawatan pakar psikiatri.
Penyakit gangguan saraf mungkin berpunca daripada amalan
pemakanan,perlakuan atau kecederaan akibat kemalangan,menyebabkan saraf
putus,disaluti lemak atau lendir,menyebabkan tidak dapat berfungsi
normal.Kerosakan saraf misalnya mungkin menyebabkan darah tidak dapat berjalan
dengan baik ke bahagian-bahagian tertentu di badan.Apabila saraf tidak
berfungsi seperti biasa,badan terdedah kepada berbagai jenis penyakit saraf
seperti krem(kreme),sakit sendi,sengal-sengal
tulang(rheumatism),lenguh-lenguh badan,kebas kaki tangan(numbness),sakit
kepala(headache),sakit pinggang(lumbago),lemah alat kelamin(impotency),lemah
urat peranakan,lumpuh(paralysis),tergeliat(streaching) dan
lain-lain.
Penyakit lumpuh pada kebiasaannya terjadi pada orang
dewasa,yang mencapai umur lebih daripada 40 tahun.Pada kebiasaannya penyakit
ini dikaitkan dengan lemah jantung.Lumpuh juga berpunca daripada darah beku di
bahagian tertentu otak,yang berkaitan dengan bahagian-bahagian tertentu pada
badan.Keadaan ini menyebabkan impuls saraf yang menguasai kegiatan,tidak dapat
diteruskan ke hujung saraf sehingga otot-otot tidak dapat bergerak atau
berfungsi.Inilah antara sebab-sebab berlakunya kelumpuhan,samada lumpuh seluruh
badan,separuh badan atau mana-mana anggota badan tertentu.
Amalan perlakuan dan pemakanan harian seseorang juga boleh
mengakibatkan penyakit gangguan saraf.Amalan menahan kencing misalnya,jikalau
dilakukan secara berterusan,menjadi punca sakit karang(gonorrhoea), atau
sakit uluran(testicular swelling) di kalangan kaum laki-laki.Amalan ini
juga boleh menyebabkan terjadi bengkak di bahagian pundi-pundi kencing yang
mengakibatkan seseorang kerap kencing.Lama kelamaan tabiat ini boleh menyebabkan
sakit kencing bernanah.Pundi-pundi kencing yang membengkak, boleh menyebabkan
merebaknya lain-lain penyakit gangguan saraf,seperti lemah alat kelamin,sakit
pinggang(lumbago),sakit kepala,darah tinggi dsb.
Menurut seorang bomoh yang juga tukang urut tradisional,penyakit ini lebih
mudah merebak sekiranya seseorang itu memakan makanan yang dianggap sejuk
seperti pisang,tembikai,nangka,bayam dan beberapa jenis sayuran lain,meminum
minuman sejuk atau yang mengandungi air batu.
Oleh kerana kesempurnaan saraf itu penting,berbagai-bagai
cara dilakukan oleh orang Melayu tradisional untuk menjaga dan
memulihkannya,sekiranya ia tidak berfungsi normal.Salah satu cara yang diamalkan
ialah dengan mendapatkan rawatan urut tradisional yang dilakukan oleh
orang yang pakar mengenainya. Ketika rawatan urut tradisional, tukang-tukang
urut tradisional juga menggunakan bahan-bahan bantuan seperti minyak urut atau
air yang telah didoakan atau dijampi.Minyak urut tradisional digunakan untuk
melicinkan proses rawatan urut tradisional,selain mengelakkan kesan sakit
akibat urutan dari rawatan urut tradisional tersebut.
Selain mendapatkan rawatan urut tradisional,pantang larang
amalan-amalan tertentu juga perlu dipatuhi,samada pantang larang perlakuan
mahupun pemakanan.Pesakit gangguan saraf ditegah melakukan kerja-kerja berat
dan pantang memakan bahan-bahan yang dikategorikan sebagai sejuk.Sebaliknya
pesakit digalakkan memakan makanan yang dianggap panas,seperti halia (Zinglber
officinale), lengkuas(Alpinia),lada hitam(Piper nigrum) dsb.
Salah satu bahan yang elok dimakan untuk memanaskan badan
ialah jintan hitam,atau yang juga dikenali sebagai “habbah sauda”(Nigella
sativa).Ianya disarankan ole Rasulallah s.a.w dalam sabdanya.
Cara terbaik untuk memakan ramuan ini ialah dengan
menjadikannya serbuk dan dimasukkan dalam kapsul,ataupun dijadikan makjun.Untuk
menjadikannya ubat dalam kapsul,setengah kilo jintan hitam diperlukan.Pilih
jintan hitam yang masih segar,iaitu yang tidak dimakan ulat ataupun terlalu
lama dalam simpanan.Jemur dan ayak untuk mengasingkannya daripada bahan-bahan
yang tidak diperlukan seperti pasir,habuk juga lain-lain campuran.Kemudian
digoreng tanpa minyak dalam kuali,di atas api yang sederhana besarnya sambil
membalik-balikkan bahan tadi dengan sudip terus menerus.Pastikan bahan ini
tidak terlalu garing di atas kuali.Ia memerlukan tiga suku masak sahaja.
Tumbuk atau mesin bahan ini sehingga halus setelah
sejuk.Kemudian dimasukkan dalam kapsul.Ambil 3 biji kapsul setiap hari pagi dan
petang selepas sarapan atau makan malam.Bahan ini boleh juga dimakan begitu
sahaja tanpa memasukkan dalam kapsul,iaitu dengan mengambilnya sebanyak 2 sudu
camca dengan mencampurkannya dengan air setengah gelas untuk diminum setiap
pagi dan petang.
Untuk menjadikannya makjun,serbuk jintan hitam yang telah
cukup halus dicampur dengan buah kurma yang telah ditumbuk lumat dan
diuli,dengan memcampurkannya sedikit madu asli.Kemudian digintil bulat sebesar
ibu jari setiap satu.Lumurkan sedikit minyak kelapa asli sebelum disimpan dalam
bekas. Pesakit juga perlu melakukan senaman ringan selepas diurut dengan
rawatan urut tradisional.Pantang larang,petua dan amalan perlakuan pemakanan
ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada kaedah perubatan Melayu
tradisional.Malah ianya dianggap satu kemestian untuk membantu memulihkan
sesuatu penyakit,termasuklah pemulihan urat saraf.