Friday, August 31, 2012
55 Tahun Janji Ditepati!
Salam Merdeka!
Janji ditepati!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Berderum deram lah bunyik mercun sabung menyabung...sedangkan aku tengah bertungkus lumus keluar masuk lori ni haaaa..!! Ponekkkk
p/s- ponek (penat)
Sila jangan salah faham :P
Bye2
Thursday, August 30, 2012
Penempatan baru..
Malam ni last tido di Bandar Mahkota Cheras..hampir 2 tahun tinggal sini, sedeh jugak rasa nak tinggalkan rumah ni..kat sini la aku mengandungkan Amani..dari katil kat atas sampai katil dibawa turun ke bawah semata2 sebab aku tak larat nak naik turun tangga..kat sini juga aku besarkan Amani dari sampai dia hampir 9 bulan..macam tu jugak rezeki yang tak putus untuk aku & suami & lebeh2 lagi lepas Amani ada, Alhamdullilah..arrghhh banyak sungguh kenangan rumah no 23 ni..
Apapun diharapakan di penempatan baru nanti menjanjikan sejuta harapan & kebahagian..wahhh ayat tak boleh tahan nihhh :)
Puisi kegemaran zaman dulu2 (dulu lah sangat)
Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku..
Ku lari ke pantai kemudian teriakku..
Sepi... sepi dan sendiri aku benci..
Ingin hingar aku mau di pasar..
Bosan aku dengan penat..
Nyah saja kau pekat..
Seperti berjelaga jika ku sendiri...
Pecahkan saja gelasnya,
Biar ramai..
Biar mengaduh sampai gaduh..
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih..
Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya..
biar terdera...
Atau aku harus lari kehutan,
Dan belok ke pantai..?
Bosan aku dengan penat..
Nyah saja kau pekat..
Seperti berjelaga jika ku sendiri..
*ADA APA DENGAN CINTA
-Gigihnya nonton cite ni sambil menghafal dialog2 & puisi ni..tak silap masa tu tahun 2002-2003..sampaikan orang panggil minah jiwang..wakaka
p/s: suka sangat ngan Dian Satrowidoyo :)
Wednesday, August 29, 2012
"Cukup lah 4"
Ingat lagi aku masa tulis entry Nur Qaseh Alessa : Qaseh ni anak ke-4 kakak aku..masa tu katanya "cukup lah 4" aku plak cakap "yelah, aku nak tengok cukup kau tu"
Guess what.........?
Today i found out that she's pregnant again..! Ha tulah..aku dah agak dah pun..cakap la lagi cukup2 kan..
Apapun...rezeki kan..
Qaseh dulu lahir secara c-zer..so aku saja je menyakat.."kau pregnant lagi tak sampai 2 tahun ni, nanti perut nak meregang sakit tau!" haha..kecut dia! kakak aku ni penakut sikit..dia masa nak c-zer tu sampai nangis2, pastu siap sms aku lagi ngadu..sekarang ni baru aku tahu "cukup lah 4" yang dia maksudkan tu sebab dia serik c-zer kot..haha
Tup2 Amani kuar pun c-zer..relax je..siap terfikir untuk c-zer masa yang 2nd nanti..wakaka
Takpelah Ta..pintu ke tingkap ke, semoga dipermudahkan ye..

Tuesday, August 28, 2012
Berurut di BANTING lagi
Lepas mendapat layanan yang cukup memberangsangkan oleh Mr. Chong Chee Yen, terus kitaorang bawak mak g berurut tempat yang kawan mak suggestkan tu..actually, ni kali ke-2 g sana..
Pergi berlima..me, little Amani (tak bleh tinggal), ayung, suri & mestilah mak sekali..masa first urut tu makcik tu cakap mak ada banyak angin & ada saluran darah yang tak betul..tapi ntah macam mana masa dia bercerita kisah dia ubatkan orang lain, aku terpacul bertanyakan sesuatu..................
Ntah la..nak tulis kat sini..tapi cam takut ada yang tersalah tafsir..
Apa pun...
Dengan harapan...mak kembali sihat..Amin..

CHOONG CHEE YEN
Apa kene mengene nama tu ngan entry kali ni..?
Panjang cite..nak pendek kan lah ni.. :P
Ceritanya pasal mak lepas jatuh kat hotel dulu..kan lepas tu tangan & kaki mak cam tak daya sangat..dah bawak g Assunta..did x-ray & MRI, nothing was detected. Means normal. Itu sebelum puasa..tup tup masa first raya tu mak jatuh, sebab kaki macam tak bleh control..lepas jatuh tu mak jalan pun tak berapa straight..macam tak balance la..
Ramai orang cakap better bawak g gomen..sebab dorang lebeh ramai kepakaran & kelengkapan..so we decided to go to PPUM..so we adik beradik yang berapa kerat je ni brought mak there..sebenarnya Assunta pun ada advised at least get mak admitted at least 1 day for the hospital to come out with the report saying that mak not fit untuk keje lagi..mak akan retired coming May @55 years old..lagipun punca dari mak jatuh kat hotel dulu..so memang rugi kalau resign camtu je..socso jatuh dulu pun ntah apa cerita ntah..bukan berkira ringgit2 ni..tapi hak tetap hak..esok2 jadi kat orang lain pun dorang buat benda yang sama pulak..
Sampai sana kitaorang pun bercerita la dengan doc tu..siap bawak x-ray & MRI segala untuk menyenangkan doc yang bernama Choong Chee Yen tu..dengan jujur jugak kitaorang cakap at least nak admitt kan mak sehari untuk doc check apa sakit mak yang sebenar & dapatkan 'hospitalization' status tu so that doc boleh keluarkan report & dapat hantar kat hotel so that mak bleh cuti lama sikit..mak memang tak larat nak keje! Prappp! dengan tak semena2 dia cakap dengan kasar..WTH !! dia cakap mak sihat..kenapa nak admittkan? dah lah check nak tak nak..cakap pula kasar yang hamat..at least dia cakap katil penuh! datang lagi sebulan!

ini lah dia Dr.CHOONG CHEE YEN
Mak sihat katanya..mak jalan pun dah terhencut2 depan dia..tu yang dikatakan sihat?? esok2 kalau ada apa2 jadi kau nk tanggungjawab ke doc? Apa pun alasannya itu bukan jawapun untuk kau tidak berbahasa..walaupun kau cina jangan gunakan itu itu cakap kasar dengan orang, nak2 tanggungjawab kau sebagai doctor..hishhh kecik besar kecik besar je aku tengok kau hari tu tau!
Takpelah doc..mak saya pernah cakap "biar orang buat kita, jangan kita buat orang" saya tak buat apa2 pun kt doc hari tu..cuma saya berbelog je hari ni..this is my personal blog..i can write anything i want..whether what i wear today, what i eat, what happens around me, everything!
I think its better this way, rather than i make an official complain..rite?
Apapun..terima kasih Mr.Choong Chee Yen!
Saya ingat wajahmu.
Thursday, August 23, 2012
Berurut jauh nun di BANTING
Lepas mak jatuh masa first raya lepas, kitaorang bawak mak g berurut, tempat kawan mak rekomen..jauh nun kat banting..tapi takpe la..asal mak baik cepat..yelah, g hospital pun itunini takde apa2, cubalah cara lain..g berempat..me, my husband, little Amani & mak..
Urut pun urut makcik tu cakap mak banyak sangat angin & ada saluran darah kat jantung cam tak lancar..ha lebeh kurang camtu lah..tapi mak cakap lepas urut tu tangan & kaki mak yang cam kebas2 tu ada rasa sikit & jalan pun confident sikit mak cakap..tapi aku tetap nak papah mak..bukan boleh percaya kang jatuh lagi..luluh lagi aku..
Bayaran seikhlas hati..
Ta kisah lah..moden atau tradisional, asal mak sihat..

Sunday, August 19, 2012
Salam Aidilfitri!
Hye..Salam Aidlfitri..So excited sebab first time raya with our princess Amani :) (boleh collet duit raya banyak2 ye nak...!) But at the same time very less preparation for mama-papa..all budget transfer to our sweet2 home which is still in progress..dalam 20% siap lah kot..we decided to move in by end of this month..harap2 sempat lah..!!
Entry hari raya ni memang untuk cukup syarat :P
Sampai ketemu lagi..!
Wednesday, August 15, 2012
Lauk hujung2 Ramadhan..
Hujung2 ramadhan ni macam dah takde idea nak masak..ibu mertua ada bagi jering..dulu i tak makan hokay..lepas kahwin & cik abang suka makan, so bila masak sendiri, kene dengan caranya, takde pulak rasa payau ke, pahit ke..rasa kenyal2 tu cam kekacang je rasanya..
Teringat dulu masa baru2 kahwin..back to 2009, 2nd week kahwin tu we went to Bali for honeymoon..nak jadi cite, makanan kat sana so tasteless..memang tak boleh terima dek tekak..so masa tu punya la terbayang jering yang masa tu pernah makan sekali je..mulut terpacul 'time2 darurat camni dapat sambal JERING ngan ikan bilis pun dah syukur sangat..huhu
Sekarang..jering dah sebati ngan tekak..boleh makan lah (cam tak ikhlas je? ikhlas la) tapi kalau ada jering tu confirm la aku akan masak..tapi kalau takde, takde la nak mencarikk..
Gambo sambal jering ikan bilis yang aku masak memang tak sempat nak snap pun..biasanya memang tak teringat nak amik pun huhu..contoh seperti dibawah..

Tapi ku rasa ku punya lebeh menyelerekan kot...wakaka
Wednesday, August 8, 2012
Happy 3rd Anniversary & Happy Birthday Papa!
Double celebration! Papa turns 31 years old & our 3rd year anniversary..Alhamdullilah..3 tahun, anak sorang..syukur dikurniakan suami yang penyayang & anak yang bijak, Amin..
Saat cintan cintun :P
Honeymoooonnnn :)
Happy Birthday papa..semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki oleh-Nya..Amin
Semoga rumahtangga kita sentiasa harmoni & kekal hingga hujung nyawa..Amin
Monday, August 6, 2012
8 months old Amani !
Today Amani turns 8 months..dah besar dah anak mama nihh..dah semakin lasak..mulut jangan lah cakap..nak bercakap sangat ye..
Konon2 nak sambut 8 bulan birthday lah kan, kitaorang g celebrate..haha padahal memang nak berbuka kat luar kot..haha..ok lah tu Amani..nanti setahun mama buat la betul2 tau!
Konon2 nak sambut 8 bulan birthday lah kan, kitaorang g celebrate..haha padahal memang nak berbuka kat luar kot..haha..ok lah tu Amani..nanti setahun mama buat la betul2 tau!
Amani takde mood sangat sebab baru bangun tido..
Senyum sikitnyee Amani.....
Mama over!
Semoga Amani jadi anak yang solehah & bijak ye sayang...!
Mengantuk semasa memandu..
Waaaa..ngantuk sungguh..
Selalu tak jadi..?? Confirm selalu kan...aku? huhu selalu sangat2..nak2 bulan puasa ni..selalu aku akan standby biskut2..kenapa bukan gula2? sebab bagi aku gula2 tu bukan satu kunyahan..so bila rahang ni tak bergerak2 memang akan ngantuk jugak..haha..tapi serius memang itu la yang jadikkk..
Tapi bila bulan puasa ni aku terpaksa menahan mata ni..dah pasang radio kuat2, tak lut pun..tutup aircond, bukan tingkap pun sama..tak lut..takkan aku nak buat camni plak>>>
Letak macam batang manciss ke...
So, kalau aku tu je caranya..kunyah la sesuatu..
Atau lebeh afdal..amalkan ayat Al-Quran..terjemahan dalam rumi - "BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA'
AHUWASSAMIUN 'ALIIMM" - 3x dan ayat Qursi 3x
Sekian..
Saturday, August 4, 2012
Berbuka di jalanan?
Gila bangga aku dapat amik gambo..nak2 ngan Amani & papa sekali..first time Amani g Putrajaya tau! petang tu kami g bazar ramadhan Putrajaya..macam2 ada..nak taknak je membeli..tapi aku memang memantau beli2 makanan ni..sebab taknak nanti sudahnya ke cik tong sampah..
So bila dah jenjalan tu tak sedar dah kul 7 suku..so alang2 baik berbuka kat jambatan putrajaya tu..lagipun aku fikir bleh amik gambo..tak pernah pun bergambo kat situ..huhu..haha gila punya jakun!
Gambo tak berapa nak cantik..sebab kami takde DSLR lagi...>>
Amani toncet ngan papa kurus :P
Lege rasanya ye pa...
Cehhh nyampes muka sama ..wekwek
Hari semakin gelap, cantik kan purple tuhhh
Ha ni biru pulakk
Ni pink pule..
Pink lagi..gila jakun haku..
Itu je cite berbuka ni jalanan :)
Bye2
Friday, August 3, 2012
Accident depan mata!
Jarang aku keluar rumah bila hari dah terang..kebiasaan keluar masih subuh sepii seawal 6am..tapi semalam aku tido rumah mak & pagi ni g ofis lambat sikit sebab ofis dekat sangat ngan rumah..lambat tak lambat kul 7.30am gerak dah..sebab bulan puasa ni kene masuk kul 8am so baru bleh balik 4.30pm :)
Jalan tak jamm tapi kereta banyak..aku memang suka amik lane paling kanan..so airport aku memang dah tahu bila kat round about tu nanti memang lambat kalau amik lane kiri..aku pun memandu dengan gagahnye walaupun mata layu jugak dek kerana Amani ku itu tido kul 12 lebeh malam tadi..tapi opppss aku masih berhati2 hokay..jarak dengan kereta depan bleh masuk kete kancil tau..tup tap ada satu kete myvi ni putih ni nak masuk depan, ok takpe, sebab dia bagi signal aku bagi dia masuk..belum sempat dia masuk lane aku, ada satu motor ni macam nak terlanggar dia..motor tu sedaya upaya mengelak, tapi terlanggar juga & lepas langgar tu pun dia cuba control dari jatuh, gelong2 dia nak membalancekan diri, tapi akhirnya dia jatuh jugak.........................kesian aku tengok dia..tapi nasib baik myvi tu tak langgar dia...teruk atau tak aku tak pasti..yang pasti aku tak sanggup tengok........tapi aku tengok perempuan yang bwak myvi tu amik masa lama jugak nak keluar dari kereta & bila keluar selamba je muka dia...adoiii..aku yang kat belakang kau ni pun dah dup dap dup dap tau..kau boleh selamba ye..ntah..aku tak tahu perasaan dia..dalam hati dia mana kita tahu kan?
Salah siapa? aku rasa dua-dua..tapi lebeh kepada kete..pertama, sebab motor kita tahu selalu laju & akan berada dimana2, kiri mahupun kanan kita..kita ni yang berkereta kene lah perhatikan takde apa2 objek bergerak sebelum kita memotong..motor tu tidak berbumbung..kita ni yang enak sejuk bwah bumbung ni patut mengalah..tapi yang motor pun kenelah kurangkan kelajuan, nak2 bila kereta banyak..ntah la..benda kalau nak jadik, jadik jugak kan...kun faya kun..
Itulah peristiwa di pagi jumaat..seriau aku.........terus telepon Faii melepaskan rasa seriau itu..huhu..
Moral: Berhati2 di jalan raya..
Sekian..Semoga ketemu di entry yang lain!

Selamat HariJadi Ayung!
Ayung: Ialah kakak sulong..hari ni genap usia nya 36 tahun..
Semoga Ayung dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik..
Amin..
Entry selamat: Setting date & time siap2! wakaka
Thursday, August 2, 2012
Amarah dijalan raya
Pernah tak mengalami satu amarah..atau kemarahan..atau anger..kenapa? naik darah dengan perangai orang tak sabar..atas jalan raya kot bawak lah bersabar sikit..kau bukan nak kejar apa pun..mencilok2 pun paling2 kat situ je..kalau dah bangsa tu memang la..ha bulan puasa ni pun sama..orang balik awal kau pun sibuk nak balik awal kan..pastu atas jalan pun lagi nak kalut macam kau nak buka puasa ke hapa? menggelabah betul la..dah tu bila aku pandang kau selamba je muka kau kan..macam tak bersalah langsung! Tulah orang cakap jangan makan benda tu kau nak makan jugak...........!
Subscribe to:
Posts (Atom)