Thursday, March 31, 2011

Stupido Ah Sow

Today was a fine day..wake up with a new day..eemm kenapa..? takde apa2..just feel like that..

Sampai ofis, aku parking & duduk diam2 dalam kete lama gak..saja2 nak belek2 phone..tiba2..ada satu ah sow park just beside me..dia tak perasan ada orang dalam ni..tup2 dia kuar2 taaapppp terkena kete aku..bengong nye ah sow..!! spoiling my mood pagi2 ni..dia still tak perasan aku dalam kete ni..tapi aku tetap pandang je dia..agaknya dia perasan & toleh balik..punyala bagus cuma pandang aku je..no sorry ? stupido..!! because of mood yang baik, so aku tak jadi nak calarkan kete dia balik..kalau tak mahu sejengkal aku calarkan..haha..jahat kan..

Lepas birthday Maria last week, hari ni harijadi Jihan..Happy Birthday Jihan!! she's so sweet..sama sam aku jugak, menanti rezeki Allah..harap Allah murahkan rezeki dia..InsyaAllah..

Tuesday, March 22, 2011

Ingat lah...

Kebosanan mula menjalar..di saat ini hanya tinggal kami bertiga di dalam bilik berkaca ini..3 yang lain ada training..telefon berselang seli singgah di antara kami bertiga..aku sudah biasa dengan situasi ini..malah bersyukur diberikan rezeki di sini..

Sejuk dek penghawa dingin pula bagaikan terasa sampai ke kuku..aku mencapai shawl di kerusi..lantas aku terpandang Maria di depan..seorang ofis mate yang baru kerja sebulan lebih..(aku pun baru 3 bulan je..& dah confirm ok..hehe) dia sebaya dengan aku..hari ini harijadi dia..Happy Birthday Maria..& welcome to 3 series..I will follow u soon..hehe..selang satu tempat dari Maria ialah seseorang yang kami sangat berhati2..bukan kerana takut atau apa..tapi malas nak melayan perangainya yang sangat tidak boleh dijangka..aku tak mahu meletakkan sasaran negeri, bagi aku kalau perangai tak elok, negeri mana pun tak elok jugak..kebetulan terkena pada negeri itu..aku tidak mengiyakan sepenuhnya kata orang..tapi hanya terdetik dalam hati 'eemm betul la'..dia sangat licik..di depan lain, di belakang lain..dan..suka menyampai2kan cerita..malah menambah2kan cerita yang tidak betul..aku meluat..aku benci dengan orang sebegini..tapi aku tidak sampai hendak pulaukan dia..aku masih punya belas kasihan & tak sampai hati nak berbuat begitu..ntah la..kalau nak diikutkan hati yang marah, mahu saja..tapi aku tak sampai hati..biarlah, walaupun dia sanggup menikam kami semua dari belakang..

Aku harap dia akan berubah..Ingatlah wahai kawanku..aku juga selalu ingatkan diri sendiri..

Ingatlah..

Dunia berputar..
What goes around comes around..
What u did u get back..
Ingatlah hukum karma dunia..


Mrs.Anje


Thursday, March 10, 2011

Jangan Lupa.....

Tak faham dengan sikap manusia yang mudah lupa pada kepayahan yang dia sendiri pernah lalui..sepatutnya lebih faham..tapi ini tidak, sebaliknya menyindir2 & memperkecil2kan kita..kalau dulu, sama2 meluah rasa sesama sendiri, tapi bila kepayahan dia berakhir lain, dia semakin lupa..semakin mendabik dada, semakin lantang bersuara..entah la..sedeh & kecewa betul rasa hati ni..setiap tutur kata tu fikir la akan perasaan orang..nak2 pula kamu pernah dalam situasi ini..ingatlah & janganlah la lupa kepayahan yang pernah anda lalui..Ya Allah tabahkanlah hamba-Mu ini..